• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Mia Sara Terkejut Anak Dituduh Hipokrit

oleh AK-47
29/11/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAPA pelakon cilik Mia Sara, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh mengakui terkejut dengan laporan gosip sebuah akhbar tempatan yang mendakwa anaknya bersikap hipokrit.

Menurutnya, dia tidak menyangka anaknya yang baru berusia sembilan tahun itu turut digosipkan seperti mana selebriti dewasa yang lain.

“Sebenarnya saya tidak mempunyai masalah atau terkilan dengan gosip yang timbul kerana ia semestinya tidak benar. Rasa kelakar pula, dengan budak kecil yang masih tidak faham apa-apa pun orang nak jadikan bahan gosip.

Tidak mengapa, orang bercakap, kita yang dapat pahala. Saya akan tuntut di akhirat nanti,” katanya memetik mStar.

Mia didakwa bersikap hipokrit ketika diminta memberikan komen mengenai kemenangan seorang lagi pelakon cilik berbakat, Puteri Balqis, yang mana Mia berkata dia ingin mencontohi kejayaan yang diraih Balqis.

Menurut laporan itu, Mia sebelum ini pernah bersikap acuh tak acuh dengan Balqis dan enggan bercampur dengan mana-mana pelakon tambahan ketika di set penggambaran.

Senang cerita, Mia ni bersikap diva di lokasi penggambaran dan tak mahu bercampur dengan rakan artis yang lain.

Tapi, menurut bapanya, memang dia sendiri mendidik Mia untuk mengurangkan bercakap ketika di lokasi penggambaran.

“Apabila saya sediakan segala kelengkapan untuk Mia, itu pun dah ada orang bercakap kononnya nampak ‘poyo’. Walhal saya mahu memudahkan lagi perjalanan produksi dan tidak mahu kerana anak saya, orang lain pula bermasalah.

“Pada masa sama saya turut memberitahu Mia untuk tidak banyak bercakap di set dan hanya fokus pada kerja. Dan yang paling penting jangan menyampuk apabila orang sedang bercakap.

“Sebagai seorang bapa yang tidak selalu menemani Mia di set, sudah pasti saya akan berasa risau, kerana anak kecil itu sedang belajar setiap perkara yang ada di persekitarannya,” katanya lagi.

Hmm, memang kesian dengan Mia, cerita-cerita negatif sebegini pastinya memberi kesan kepada emosinya.

Harap-harap lepas ni, takde lagi cerita-cerita kurang enak buat pelakon-pelakon cilik seperti Mia Sara dan Balqis.

Masing-masing ada bakatnya yang tersendiri, tak perlu nak compare mana bagus, mana tak kan.. – MYNEWSHUB.CC

Tags: myArtispelakonselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd