Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

Kit Siang Tuduh Kamarul...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menuduh Pengarah Institut Kajian Politik...

Jerebu: Pelancong Disaran Kurangkan...

MELAKA - Pelancong disaran mengurangkan aktiviti luar ketika keadaan berjerebu melanda negara bagi...

Ancaman Bom: Pesawat Jetstar...

GLOBAL | Lebih 60 penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair di...

Zahid Janji Pertahan UMNO...

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan...

Banyak Peluang Untuk Berjaya Di Malaysia – Samy Vellu

SINTOK – Bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu percaya semua rakyat Malaysia mempunyai peluang yang baik untuk berjaya kerana negara ini menyediakan banyak peluang untuk semua pihak mengecapinya.

Katanya kini terpulang kepada setiap rakyat untuk menggunakan peluang yang ada supaya mereka lebih maju.

“Sesiapa pun ada kelebihan untuk lebih maju. Peluang itu ada…cari peluang jangan duduk diam sahaja. Kalau ada pemikiran macam itu boleh capai kejayaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.

Terdahulu, Samy Vellu dikurniakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Pembangunan), yang disempurnakan oleh Canselor UUM Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena Majlis Konvokesyen ke-27 universiti itu hari ini.

Samy Vellu yang juga bekas Menteri Kerja Raya berkata perkara paling penting dalam mencapai kejayaan adalah pendidikan dan kemudian bagaimana seseorang individu itu menggunakan peluang yang ada.


“Saya gembira semakin ramai anak-anak yang mendapat ijazah. Menerusi pendidikan kita berjaya mengubah nasib anak-anak ini. Saya percaya negara boleh dapat bantuan mereka untuk jadi negara yang maju,” katanya.

Sementara itu, Samy Vellu menggesa rakyat di negara ini supaya mengekalkan perpaduan yang ada dan sentiasa bersedia berkhidmat untuk negara.

“Walaupun saya dah lebih 70 tahun…saya masih kerja untuk rakyat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori