• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Lumpur Landa Beberapa Kawasan Di Cameron Highlands

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air Sungai Ringlet di sini menyebabkan banjir lumpur yang menjejaskan lebih 20 rumah penduduk selain merosakkan beberapa kenderaan.

Difahamkan sehingga kini sekurang-kurangnya dua penduduk cedera ringan dalam kejadian lewat petang tadi.

Antara kawasan penempatan terjejas dengan banjir lumpur paras lutut itu ialah pekan Ringlet, Kampung Baru Ringlet, Kampung Ulu Merah.

Kawasan terjejas hanya terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam yang mengorbankan empat nyawa pada 23 Oktober lalu.

Dalam kejadian tahun lalu, empat orang terbunuh selain aliran air yang membawa sampah sarap, pokok dan pasir itu turut menyebabkan 80 rumah di tebing sungai terjejas, serta memusnahkan puluhan kenderaan, kedai dan Surau An Nur Lembah Bertam.

Banjir itu berpunca daripada limpahan air Empangan Sultan Abu Bakar (SAB) berikutan kenaikan mendadak paras air sehingga 0.6 meter sejam dan berbahaya kepada struktur empangan berkenaan.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Lesley berkata, air lumpur hingga paras lutut bersama sampah sarap menghentam kawasan terjejas.

3

2

“Seorang rakan saya cedera dan terpaksa dibawa ambulans ke hospital bagi mendapatkan rawatan akibat kejadian itu.

“Selain itu beberapa kenderaan turut terjejas akibat hentaman banjir berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Lesley berkata, hujan masih lebat di kawasan berkenaan sehingga jam 9.30 malam dan bimbang keadaan menjadi lebih buruk.

Sementara itu, Ketua Kampung Ringlet, Looi Chin Chin, berkata lebih 20 rumah terjejas berikutan kejadian itu.

Katanya, kebanyakan kawasan terjejas yang berada di tebing Sungai Ringlet.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands pula berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.04 petang tadi. – BH Online

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd