• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: 3 Daerah Di Terengganu Masih Belum Surut

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Keadaan banjir di Terengganu sehingga malam ini mulai menunjukkan trend penurunan di mana seramai 3,819 mangsa masih berada di pusat pemindahan berbanding 5,572 orang petang tadi.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, sehingga pukul 9 malam hanya tiga daerah masih terjejas iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Setiu sejak banjir lima hari lalu.

Kenyataan itu menyebut ketika ini seramai 938 keluarga masih ditempatkan di 17 pusat pemindahan.

Jumlah mangsa di Kuala Terengganu kini menurun sedikit daripada 3,927 orang (927 keluarga) kepada 3,015 orang (740 keluarga) di 12 pusat penempatan.

Di Marang, jumlah mangsa kini seramai 716 orang (178 keluarga) yang ditempatkan di tiga pusat manakala di Setiu seramai 88 orang (20 keluarga) di dua pusat iaitu Surau Kampung Nyatoh dan Surau Pengkalan Gelap.

Pusat pemindahan di Besut dan Dungun telah ditutup petang tadi ekoran air mulai surut dan cuaca yang kian baik.

Orang ramai yang ingin mengetahui keadaan terkini banjir boleh menghubungi bilik gerakan bencana negeri di talian 09-6316021 atau laman web etindakan.terengganu.gov.my. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd