• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2015: Sabah Terima Peruntukan RM4.07 Billion

oleh Ahmad Albab
10/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman  berkata kerajaan negeri Sabah menerima peruntukan berjumlah RM4.07 bilion dalam Bajet Persekutuan 2015 untuk pelaksanaan pelbagai projek di Sabah.

Sebanyak RM272.6 juta adalah untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) seperti PPR Kota Belud, PPR Kudat dan Program Perumahan Rakyat (untuk disewa) di Kampung Ketiau, Putatan, kata Musa ketika menjawab soalan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) (PKR-Klias), Datuk Seri Lajim Ukin.

“Sejumlah RM165,585,255 diperuntukkan pada 2015 untuk projek jalan raya luar bandar seperti projek Jalan Maliau Basin, Tawau, projek Jalan Perhubungan Desa Negeri Sabah dan projek Jalan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Kg Tampangoh Laut,  Penampang,” katanya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.

Musa yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata pada 2015 juga, sebanyak RM99,250,000 untuk melaksanakan Projek Bekalan Air Luar Bandar manakala RM578,454,469 pula bagi melaksanakan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Sabah.

Menurutnya RM80,774,000 diperuntukkan untuk usaha penghapusan kemiskinan di Sabah melalui program seperti Program Khas Golongan Bumiputera Minoriti dan Projek Membekalkan Tangki Air ke negeri Sabah.

Musa berkata kira-kira RM2.9 bilion peruntukan pula diluluskan oleh kerajaan persekutuan untuk pelaksanaan beberapa projek lain termasuk projek di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) seperti Kelompok Industri Berasaskan Kelapa Sawit, Lahad Datu.

Katanya peruntukan berkenaan juga adalah untuk pembinaan Loji Air dan Pemasangan Rangkaian Paip di Beaufort, Pembinaan Loji Rawatan Air Keningau, Fasa 2 Projek Pengurangan System Average Interruption Duration Index  (SAIDI) di Sabah serta projek Pengukuhan Sistem Penjanaan Melalui Pembinaan Stesen Jana Kuasa Hidro Elektrik Upper Padas, Tenom, berkapasiti 180MW.

“Sesungguhnya, kerajaan negeri yakin dengan pelaksanaan dan penyiapan projek-projek serta program-program  yang disebutkan tadi, kualiti hidup semua laspisan masyarakat di negeri Sabah terutamanya penduduk luar bandar dapat diperbaiki dan ditingkatkan,” katanya.

Musa berkata kerajaan negeri berterima kasih dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana prihatin dalam membantu menjayakan agenda pembangunan Sabah.- BERNAMA

Tags: Musa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

15/09/2023
0

PH Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama dalam tempoh terdekat sebagai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang....

Shafie Punca Peningkatan Kes COVID-19 – Musa Aman

20/10/2020
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dalam surat terbukanya mendakwa Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd