• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Badan Atau Suruhanjaya Tangani Isu Pekerja Asing Bakal Ditubuh

oleh Ahmad Albab
13/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah badan atau suruhanjaya baharu bakal diwujudkan bertujuan untuk menangani isu pekerja asing meliputi pekerja sah dan tanpa izin, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, ia diwujudkan atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Bagaimanapun, badan itu tidak terlibat dengan mana-mana kementerian termasuk Kementerian Dalam Negeri mahupun Kementerian Sumber Manusia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata untuk itu satu kertas kabinet berhubung perkara itu sedang disediakan untuk dibentang pada Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pekerja Asing yang dipengerusikan Perdana Menteri sendiri.

Mengulas sebuah laporan akhbar tempatan mengenai 4.6 juta pekerja asing memasuki negara ini secara haram, Ahmad Zahid berkata beliau akan berjumpa dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem bagi mengetahui bagaimana beliau memperoleh statistik itu.

Semalam, Richard Riot mendedahkan daripada 6.7 juta pekerja asing yang bekerja di negara ini, 4.6 juta pekerja asing memasuki negara ini secara haram.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata kebanyakan warga asing yang memasuki negara ini adalah secara sah iaitu menggunakan permit kerja atau pas lawatan, namun kegagalan untuk memperbaharui visa menyebabkan mereka menjadi pendatang atau pekerja tanpa izin.

“Punca mereka menjadi pekerja tanpa izin adalah disebabkan majikan yang tidak bertanggungjawab selain tidak mempedulikan pekerja sendiri,” katanya.

Ketika ditanya pemberita adakah jumlah pekerja asing akan bertambah dalam tempoh 10 tahun akan datang di negara ini, Ahmad Zahid menjawab ia bergantung kepada permintaan dan penawaran.

“Apabila ada permintaan, mesti ada penawaran. Maka, majikan dan rakyat negara ini perlu mengubah sikap. Rakyat negara ini tidak mahu bekerja di sektor yang mempunyai 3D, iaitu ‘difficult, dirty dan dangerous’ (sukar, kotor dan berbahaya),” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata KDN akan menganjurkan Karnival Lembaga Penapis Filem (LPF) sempena sambutan ulang tahun LPF ke-60 pada 22 hingga 23 November di Kompleks Membeli Belah Alamanda, Putrajaya.

Karnival itu bertujuan untuk mewujudkan jalinan kerjasama di antara LPF dengan pihak industri perfileman dan penyiaran di negara ini. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Kesal Kes Babit NGO Jadi Modal Sindir Islam

Firdaus Wong Kesal Kes Babit NGO Jadi Modal Sindir Islam

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung melahirkan rasa kesal apabila kes melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan...

Penganjur Konvoi Mat Motor Bertanggungjawab Jika Penumpang Terlepas Penerbangan? – Anthony Loke

Penganjur Konvoi Mat Motor Bertanggungjawab Jika Penumpang Terlepas Penerbangan? – Anthony Loke

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan menganjurkan konvoi Mat Motor ke Lapangan Terbang Sultan Ismail...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd