• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ashraf Sinclair & Isteri Diselar Kerana Buat ‘Vow Renewal’

oleh AK-47
14/11/2014
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN namanya sudah agak kurang diperkatakan peminat tempatan, rupa-rupanya banyak lagi yang setia mengikuti perkembangan pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Ashraf Sinclair.

Terbaharu, Ashraf dan isterinya penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari telah diselar dan dikritik sebilangan pengikut laman Instagram gara-gara membuat upacara ‘vow renewal’ yang sinonim dengan masyarakat Barat.

Perjanjian perkahwinan merupakan satu upacara yang mana pasangan suami isteri akan memperbaharui ikrar perkahwinan mereka.  Upacara ini dikatakan mula dipopularkan di Itali sejak zaman-berzaman yang kemudiannya menjadi ikutan kebanyakan pasangan suami isteri di Amerika Syarikat sejak tahun 1950-an lagi.

Kebiasaannya, upacara tersebut dilakukan di gereja sambil bersaksikan seorang paderi di hadapan mereka.

ashrafbcl

ashraf2

ashraf3

‘Vow Renewal’ gaya Ashraf – Bunga dilakukan pasangan ini sempena ulang tahun keenam perkahwinan mereka yang diraikan di lokasi romantis, Bali.

Memandangkan Ashraf dan Bunga beragama Islam, mungkin mereka fikir upacara begini sekadar ‘suka-suka’ mahu meraikan ikrar perkahwinan seperti dilakukan ramai pasangan Barat kot.

ashraf

Bersaksikan tetamu yang hadir, majlis ini sekaligus ibarat mengajak rakan-rakan terapat turut berkongsi rasa bahagia yang melatari kehidupan suami isteri Ashraf dan Bunga sepanjang hidup sebagai suami isteri.

Sekadar mengimbau kenangan, di Bali jugalah tempat yang pernah mencetus kontroversi buat pasangan ini apabila mereka dirakam berkucup di pantai ketika masih belum punya sebarang ikatan sah satu ketika dulu.

bcl

Apa pun alasannya, hukum agama terutama melibatkan akidah harus diletakkan nombor satu dalam hidup seorang muslim.

Jika was-was bertanya dahulu pada yang pandai agama sebelum lakukannya, sebab niat tak menghalalkan cara – apatah lagi jika cuma unsur logik diambil kira. Bukan begitu? – MYNEWSHUB.CC

Tags: pelakonselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd