• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Motif Ikon TV Dahlan Maamor Setuju Kutukan Kepada Najib??

oleh AK-47
29/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Susulan daripada kutukan melampau yang diberikan Pengasas Persatuan Karyawan Datuk Seri Zaienal Abidin Omar semalam ke atas ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, penulis terfikir seperkara yang menarik berkaitan insiden itu malam tadi.

Komen pertama yang diterima Zaienal Abidin semalam ialah daripada personaliti televisyen yang kerap mengulas program sukan pada masa dahulu iaitu Datuk Dahlan Maamor.

NajibDikutuk_1

Boleh dikatakan Dahlan pernah popular mengulas siaran langsung acara sukan khususnya bola sepak di negara kita yang kerap disiarkan oleh sebuah stesen televisyen swasta percuma di dalam negara.

BACA – Ucapan Najib Dikutuk, Dilabel Tahap Pidato Sekolah Menengah 

Meninjau laman Facebooknya, terdapat gambar yang dirakamkan beliau bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diundang sebagai tetamu dalam program televisyen Bernama TV ‘Ruang Bicara’.

Gambar Dahlan bersama  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Gambar Dahlan bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Diketahui Dr Ahmad Zahid adalah antara menteri kanan dalam kabinet Najib dan juga merupakan antara tiga Naib Presiden UMNO selain Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Persoalan timbul, apa motif Dahlan menyertai menulis komen di Facebook Zaienal menyokong kutukan memperlekehkan ucapan Najib.

Padahal, beliau kini merupakan moderator program televisyen Bernama TV yang juga bergerak di bawah Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), iaitu sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Itulah berlegar di kotak pemikiran penulis berkenaan apakah motif Dahlan turut sama berpasukan dengan Zaienal Abidin menyokong kenyataan bahawa ucapan dasar Najib yang juga Perdana Menteri berucap pada tahap pidato peringkat sekolah menengah.

Dengan kebanyakan daripada perwakilan UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 yang hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), mereka berterima kasih apabila Najib mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 dikekalkan bagi mereka berdua cara ucapan Najib yang jadi perhatian.

Artikel semalam, sudah pun menerima komen berbeza dari para penyokong Zaienal dan juga penyokong Najib memberi pendapat berbeza berdasarkan ucapan dasar berkenaan.

Dalam sesi perbahasan sejak semalam, para perwakilan menggunakan persembahan grafik dan multimedia dalam ucapan Najib untuk membantu mereka menyampaikan mesej ketika membahaskan usul mereka jelas menunjukkan mereka berjaya dibantu berbahas dengan baik ekoran persembahan berbeza daripada Najib itu.

Penulis amat berharap Dahlan dapat memberikan respon terhadap isu ini supaya tidak timbul sebarang prasangka di kemudian hari kerana komen yang diberikan kepada isu berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: politikUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyatuan Ummah Bukan Payah ‘Benau’

Penyatuan Ummah Bukan Payah ‘Benau’

10/09/2026
0

SAHABAT orang Melaka kata Penyatuan Ummah bukan payah ‘benau’. UMNO dan PAS umum sahaja jalin kerjasama politik, maka terjadilah Penyatuan...

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd