KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyindir pasukan Harimau Malaya yang akan menyertai kejohanan Piala AFF di Singapura bermula esok.
Beliau menyindir pasukan negara patut menunjukkan kualiti yang tinggi dalam kejohanan itu kerana rata-rata Harimau Malaya dibarisi pemain bintang tempatan yang bergaji mahal.
Malah, katanya, `Suzuki Cup’ adalah kejuaraan antarabangsa yang paling rendah kerana Malaysia cuma bersaing di peringkat ASEAN sahaja dalam kejuaraan itu.
“Malaysia mempunyai harapan cerah untuk menang peringkat kumpulan kerana ia berlangsung di Singapura dan Harimau Malaya dalam satu kumpulan dengan Thailand dan Singapura yang rankingnya lebih rendah daripada Malaysia.
“Malaysia juga akan turun dengan pemain bintang bergaji RM40,000 hingga RM50,000 dan ke atas. Jauh lebih tinggi daripada gaji pemain ASEAN yang lain. Nah!. Inilah masanya pemain menunjukkan kualiti dan status mereka.. tetapi kalau gagal pun usah terlalu terkejut ya!,” sindirnya dalam satu kenyataan hari ini.
Pengendali Harimau Malaya, Dollah Salleh hari ini melahirkan rasa cemas terhadap tahap kecergasan dan mood para pemain yang didakwa tidak berada pada tahap terbaik gara-gara persaingan Piala Malaysia 2014 yang baru berakhir.
Walaupun hanya melibatkan para pemain dari pasukan yang beraksi di saingan akhir dan separuh akhirÂÂ, namun Dollah mengakui perkembangan itu serba sedikit meresahkan dalam usaha membentuk kesebelasan terbaik menentang lawan yang berada di ranking 151 dunia itu di Stadium Shah Alam, malam esok.
Bagi meredakan faktor keletihan fizikal dan mental para pemain, Dollah telah memberikan rehat selama sehari
sebaik tiba ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru, semalam untuk memastikan mereka dapat mengumpul kembali tenaga sebelum turun menjalani latihan terakhir pada hari ini sebagai persiapan menghadapi Syria.
Pasukan Harimau Malaya menjalani latihan di fasiliti milik Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dalam misi merebut Piala AFF memandangkan kemudahan bola sepak yang terdapat di negeri itu antara yang terbaik di peringkat Asia.
Pemain kebangsaan turut berpeluang menjalani latihan di atas padang rumput tiruan di Johor memandangkan Stadium Singapura menggunakan rumput seperti itu.

