Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Doan Ke Malaysia Sebulan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu wanita warga Vietnam,...

Harimau Malaya Rebah Di...

HANOI - Rekod bersih yang cuba dipertahankan Harimau Malaya pada kempen Piala AFF...

Verstappen Dominasi Perlumbaan Di...

BAKU – Pelumba pasukan Red Bull, Max Verstappen mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu kejuaraan...

PAN Umum 9 Calon...

SEREMBAN - Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan sembilan individu sebagai calon...

Anak Temui Bapa Meninggal Dalam Semak Di Besut

BESUT – Seorang penganggur ditemui mati di dalam semak oleh anaknya dekat Kampung Seberang Jerteh di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata Zulkamal Othman, 39, yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap ditemui anaknya Mohd Zulhairul Idham, 19.

Beliau berkata Zulkamal pada mulanya pergi ke rumah bekas isterinya untuk bertemu empat orang anaknya di Perumahan Rumah Awam Kos Rendah Pelagat 3, Kampung Seberang Jerteh.

Namun tidak lama kemudian, dia mengadu sakit dada dan meminta izin untuk beredar dari situ.

“Selepas beberapa minit kemudian, seorang anaknya yang keluar rumah telah menemui ayahnya yang rebah di dalam semak berdekatan kawasan tali air tidak jauh dari rumah itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Khaled berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk dibedah siasat.

Siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan pada tubuh mangsa, katanya.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mayat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori