• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CHINA Bagi Amaran Produk Elektronik TIRUAN Di S’pura

oleh
07/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Selama ini kita biasa mendengar peringatan agar berhati-hati apabila membeli produk buatan China kerana bimbang ia adalah tiruan, tidak berkualiti dan sebagainya walaupun dijual pada harga harga murah, tetapi ini lain pula ceritanya.

Kedutaan China di sini, mengeluarkan amaran kepada rakyat republik komunis itu supaya berwaspada daripada ditipu ketika mahu membeli sebarang model telefon bimbit dan produk elektronik lain di Singapura, lapor stesen televisyen tempatan, Channel News Asia.

Agensi penyiaran tersebut memetik kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar China di Beijing bertarikh semalam yang disiarkan menerusi laman web kedutaan itu di Singapura sebagai berkata, ramai rakyat China sudah pun menjadi mangsa skim penipuan berkenaan.

Menurut pejabat perwakilan diplomatik China berpusat di Tanglin Road itu, sebahagian besar warga China yang datang ke Singapura sebagai pelancong banyak mengadu membeli barangan tiruan terutama telefon bimbit model baharu selain produk elektronik canggih.

Kedutaan menasihatkan rakyat China agar sentiasa peka membaca notis peringatan yang ditampal di papan kenyataan mana-mana pusat-pusat beli-belah sekitar Singapura yang sering menerima aduan penipuan sedemikian sebagai panduan ketika berurus niaga.

Banyak notis terbabit dapat dilihat akhir-akhir ini susulan rungutan ramai pelancong Vietnam mendakwa menjadi mangsa beberapa buah kedai di kompleks beli-belah Sim Lim Square yang terkenal dengan pelbagai produk elektronik dalam kalangan warga asing. – Agensi

Tags: ChinaSim Lim SquareSingapuraTelefon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Hubungi Sahabat Beliau Vijay, Rancang Kunjungan Ke Tamil Nadu

PM Anwar Hubungi Sahabat Beliau Vijay, Rancang Kunjungan Ke Tamil Nadu

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah berhubung dengan sahabatnya yang juga pelakon popular India,...

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd