• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amaran Angin Kencang Di Perairan Terengganu Hingga Ahad

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan Terengganu dijangka berterusan sehingga Ahad dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Hujan lebat sekejap-sekejap berserta angin kencang juga dijangka berterusan di Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Kuala Terengganu dan Dungun yang akan membahayakan bot-bot kecil.

Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu Roslina Ngah berkata keadaan itu juga dijangka membawa angin timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam.

“Semua stesen data taburan hujan negeri Terengganu menunjukkan purata hujan yang turun adalah normal iaitu antara 1 hingga 80 milimeter kecuali di stesen Sultan Omar di Dungun yang melebihi paras amaran.

“Taburan hujan setakat ini tertumpu di sekitar kawasan pantai terutama di daerah Dungun manakala kebanyakan tempat lain mengalami hujan sederhana dan cuaca mendung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rekod bacaan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat 8.30 pagi tadi juga menunjukkan paras air di sungai utama negeri masih berada di tahap normal kecuali Sungai Chalok dekat Setiu yang menunjukkan peningkatan sejak semalam.

Namun, keadaan masih tidak membimbangkan.

Tiada amaran banjir dikeluarkan setakat ini, namun semua jabatan dan agensi di peringkat negeri dan daerah yang terlibat persediaan banjir telah dimaklumkan untuk bersiap siaga, katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dendam, Cinta Ditolak Motif Pembunuhan Irene Sofiya?

Dendam, Cinta Ditolak Motif Pembunuhan Irene Sofiya?

09/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Polis percaya perasaan dendam termasuk berkaitan penolakan cinta antara motif pembunuhan pelajar perempuan Irene Sofiya Mohd Khairool...

‘Teresa Kok Setuju Atau Tidak Sekolah Persendirian Cina Dibuka Percuma Kepada Anak Pelarian?’ – Akmal

‘Teresa Kok Setuju Atau Tidak Sekolah Persendirian Cina Dibuka Percuma Kepada Anak Pelarian?’ – Akmal

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok supaya menyatakan pendirian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd