• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Hasutan Wajar Dikekalkan – Muhyiddin Yassin

oleh AK-47
25/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Akta Hasutan 1948 wajar dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan bagi memelihara perpaduan dan keharmonian nasional dan bukan sebagai akta yang hanya melindungi kepentingan orang Melayu sahaja.

Muhyiddin berkata adalah wajar untuk kerajaan mengambil tindakan tegas membendung kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama yang boleh memercikkan api perbalahan kerana mencegah adalah lebih baik daripada nantinya terpaksa merawat luka permusuhan yang parah.

Sehubungan itu, beliau melihat beberapa peruntukan khusus perlu dimasukkan di dalam akta itu untuk melarang mana-mana pihak daripada mempersoalkan jaminan perlembagaan mengenai kedudukan Agama Islam sebagai agama Persekutuan.

BACA – Dasar Rapatkan Jurang Ekonomi Kaum Perlu Dilaksana Segera

“Akta ini juga perlu bagi menghalang mana-mana pihak daripada mempersoalkan hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan agama masing-masing.

“Begitu juga dengan kedudukan tanah rizab Melayu dan Rejimen Askar Melayu Diraja yang merupakan sebahagian daripada wasiat Raja-Raja Melayu, perlu dilindungi daripada perbuatan menghasut,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Selasa malam.

Dalam ucapannya, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri mengingatkan perwakilan parti untuk tegas menentang gejala ekstremisme dan sikap militan yang begitu cepat mempengaruhi anak muda yang mahu jalan pintas ke syurga.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mereka yang cuba memesongkan makna wasatiyyah yang cukup sinonim dengan prinsip kesederhanaan Islam dengan membawa ideologi songsang seperti liberalisme atau sekularisme,” katanya.

Muhyiddin juga menarik perhatian bahawa parti itu tidak lagi boleh berada di takuk lama seperti budaya membuat laporan polis atau mengangkat sepanduk dalam menghadapi asakan terhadap akidah dan syariat Islam, sebaliknya perlu ditangani dengan tradisi keilmuan.

“Kita perlu memperbanyakkan perbincangan, penerbitan dan wacana mengenai kebebasan dan hak asasi manusia menurut perspektif Islam dan bagaimana Islam menghadapi tentangan sekularisme.

“Kita perlu menangani trend sekularisasi dalam agama dengan keteguhan akidah dan ketajaman minda, bukannya diselubungi oleh ketegaran emosi,” katanya sambil menambah institusi dan penguatkuasaan undang-undang Islam perlu dipertegaskan menerusi kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lslam.

Ini kerana, umat Islam sedang berada dalam dunia pasca-moden yang menganggap agama sebagai penghalang kepada kebebasan manusia, yang merupakan cabaran baharu yang tidak pernah dilalui sebelum ini, tambahnya.

Sebagai contoh, Muhyiddin merujuk kepada majalah ‘Economist’ keluaran Oktober lalu yang menyatakan bahawa perkahwinan sejenis yang tidak diterima di hampir semua negara pada tahun 1950an, kini diiktiraf di 113 negara atau 63 peratus negara di dunia atas nama menghormati hak asasi dan kesamarataan. - BERNAMA

Tags: politikUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly menyifatkan gabungan parti politik sebagai satu hubungan...

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd