• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akhbar Bersejarah 1 September 1957 Dijual Di PWTC

oleh Ahmad Albab
28/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bagi menghayati sendiri sejarah kemerdekaan negara, orang ramai yang berkunjung ke Pusat Dagangan Dunia Putra boleh mendapatkan akhbar ‘The Sunday Times’ bertarikh 1 Sept 1957, yang mencatat peristiwa penting tanah air.

Akhbar bersejarah itu buat pertama kali dicetak khas oleh New Straits Times Press (NSTP) sempena Perhimpunan Agung Umno 2014 dijual di ruang pameran NST di Aras 2 PWTC sejak Selasa lepas, hingga Sabtu ini.

Pengurus pusat sumber NSTP, Ramlan Ramli berkata penerbitan semula akhbar itu bertujuan memberi pengalaman secara langsung kepada masyarakat, khususnya generasi muda, untuk membaca sendiri peristiwa bersejarah negara.

“Ini adalah sejarah penting berkaitan negara kita, perjuangan kita, orang ramai boleh membaca sendiri apa yang sebenarnya berlaku pada Hari Merdeka ketika itu.

“Malah ada berita yang menceritakan bagaimana pengalaman dan suasana sebenar masyarakat pada zaman itu menyambut kemerdekaan buat kali pertama,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Ramlan berkata akhbar itu yang mengandungi 32 muka surat, dijual dengan harga RM5 senaskhah. Sejumlah 1,000 naskhah dicetak dan setakat ini 500 naskhah dijual.

Katanya akhbar dengan tajuk utama muka hadapan ‘THIS IS IT!’ mengekalkan ciri-ciri sebenar percetakan akhbar pada zaman itu.

“Kertas yang digunakan untuk cetakan khas ini kami reka khas agar warna pudar itu menonjol, selain masih mengekalkan kaedah percetakan konvensional mengimbas nostalgia zaman itu,” katanya.

Memaparkan subtajuk ‘Across a stilled stadium, the magic words of nationhood’, berita utama akhbar itu menceritakan suasana Stadium Merdeka sewaktu perisytiharan kemerdekaan oleh Perdana Menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Turut disiarkan di muka hadapan ialah Perisytiharan Kemerdekaan di muka hadapan.

Berita bertajuk ‘Sodden Troops Looked Skyward And Asked: Will Rain Stop In Time?’ menceritakan perasaan anggota tentera yang sedang bersedia untuk berbaris di Stadium Merdeka mengharungi suasana ribut dan hujan lebat ketika itu.

Gambar majlis Angkat Sumpah Jawatan anggota kabinet pertama kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai Tunku Abdul Rahman menghiasi halaman ketiga akhbar itu.

Seorang pengunjung, Johari Abdul Rahman, 29, kagum dengan inisiatif syarikat akhbar NST yang mencetak kembali surat khabar bersejarah itu dan berpendapat ia dapat dijadikan bahan untuk anak muda menghayati peristiwa kemerdekaan.

“Memang bagus untuk golongan muda macam saya, sebab kita nak baca apa yang media laporkan semasa merdeka, yang penting akhbar ini penuh dengan nostalgia, benda tu boleh mengingatkan kita balik kepada zaman atuk nenek kita yang memperjuangkan kemerdekaan,” katanya yang turut membeli akhbar itu.

Sementara itu, Ezreen Mohd Isa, 25, turut bersependapat surat khabar itu menjadi bahan rujukan sejarah yang baik bagi golongan muda mendalami pengertian ‘merdeka’.

“Surat khabar ini boleh dijadikan sumber rujukan, malah ada gambar-gambar lama di dalamnya sangat menarik, dan gambar ini memberi pengertian yang baik kepada kita mengenai apa itu makna merdeka kepada kita,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kisah Sejarah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengantin Yang Melarikan Diri Boleh Didakwa

Next Post

Kiyai ‘Sesat’ Indonesia Nikahkan Pasangan Sejenis

Related Posts

Jaafar Bin Abi Talib: Pemilik Dua Sayap

31/05/2017
0

KAEDAH terbaik mendidik anak-anak memahami kasih-sayang terhadap agama adalah secara perkongsian kisah-kisah perjuangan para sahabat. Perjuangan yang diwarnai pelbagai kisah pahit...

Epik Megat Panji Alam Akan Ke Kaca TV?

23/07/2016
0

ALANGKAH hebat kalau epik Megat Panji Alam muncul di kaca TV. Bangsa kita akan kembali meraikan sejarah melalui medium popular yang...

Next Post

Kiyai 'Sesat' Indonesia Nikahkan Pasangan Sejenis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd