• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaafar Bin Abi Talib: Pemilik Dua Sayap

oleh Ahmad Albab
31/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAEDAH terbaik mendidik anak-anak memahami kasih-sayang terhadap agama adalah secara perkongsian kisah-kisah perjuangan para sahabat. Perjuangan yang diwarnai pelbagai kisah pahit dan manis.

Kaedah ini jauh lebih baik daripada membiarkan anak-anak dimomok dengan kisah-kisah dongeng Cinderella yang kehilangan kasutnya, atau Snow White yang memakan epal dari orang yang tidak dikenali. Lebih mengarut tentulah cerita Sleeping Beauty yang asyik tidur.

Ikuti petikan kisah sahabat.

“Aku telah melihat Jaafar kini bersama malaikat di Syurga, dikurniakan dua pasang sayap yang masih dibasahi dengan darah,” kata Muhammad SAW.

Ini bukan kisah dongeng mahupun imaginasi penulis. Tetapi ini adalah fakta yang dinyatakan sendiri oleh seorang manusia yang tidak pernah berbohong.

Jaafar bin Abi Talib adalah saudara kepada Ali bin Abi Talib dan sepupu kepada Rasulullah SAW. Beliau amat dikasihi baginda. Ketika mengutuskan sahabat ke Habsyah, Rasulullah memerintahkan Jaafar untuk mengepalai delegasi tersebut.

Sekembalinya Jaafar Bin Abi Talib ke Madinah setelah 10 tahun berada di Habsyah, Rasulullah segera mendakap Jaafar dan mencium di antara kedua matanya. Baginda sangat teruja lalu bersabda:

“Aku tak tahu apakah yang lebih menggembirakan sekarang. Adakah pembukaan kota Khaibar atau ketibaan Jaafar.”

Namun Jaafar ditakdirkan tidak lama di Madinah. Pada tahun kelapan Hijrah, Rasulullah mengutuskan satu pasukan ke Mu’tah diketuai Zaid bin Harithah sebagai panglima. Rasulullah berpesan: “Jika syahid Zaid maka Jaafar perlu menggantikan dan jika Jaafar syahid maka gantikan Abdullah bin Rawahah.”

Benar sebagaimana disabda. Zaid bin Harithah menemui syahid di sana. Panji yang dipegang segera disambut Jaafar dan terus meluru ke tengah kawanan musuh. Jaafar bertarung sehingga putus tangan kanan yang memegang panji dicantas oleh tentera Rom.

Panji itu segera disambut dengan tangan kiri. Tetapi tangan kirinya dipotong selepas itu. Namun, Jaafar tetap mempertahankan panji Islam itu dengan bahu dan tunggul tangan yang masih berbaki, sehingga gugur syahid.

Dengan linangan air mata, Rasulullah bersabda kepada keluarga Jaafar Bin Abi Talib:

“Aku telah melihat Jaafar kini bersama malaikat di Syurga, dikurniakan dua pasang sayap yang masih dibasahi dengan darah.”

Kisah para sahabat kasihkan Islam tiada tandingan. Bukan kasih-sayang itu bererti perang, tetapi falsafahnya ialah: Memelihara kemuliaan Islam.

Ramadhan 1438H

#laskarmalaya

Tags: Kisah Sejarah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelajar Malaysia Di UK Diminta Patuhi Peraturan

Next Post

The Star Tak Berniat Label Umat Islam Pengganas – MCA

Related Posts

Epik Megat Panji Alam Akan Ke Kaca TV?

23/07/2016
0

ALANGKAH hebat kalau epik Megat Panji Alam muncul di kaca TV. Bangsa kita akan kembali meraikan sejarah melalui medium popular yang...

Megat Panji Alam Bangkit Menuntut Bela Kebenaran!

23/07/2016
0

ANTARA Bukit Besar dan Ladang di Timur dan Barat serta Gong Kapas dan Pasar Gharib di Utara dan Selatan  wujud Jalan...

Next Post

The Star Tak Berniat Label Umat Islam Pengganas – MCA

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd