• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Afiq Muiz Buka Bisnes Jual Baju Jenama Sendiri

oleh Ahmad Albab
04/11/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Afiq Muiz memberitahu dia mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan menjual baju jenama sendiri iaitu AFM Design bukan disebabkan kekurangan tawaran lakonan.

Sebaliknya, Afiq, 21, berkata, dia menceburi bidang itu kerana sedar bahawa kerjaya sebagai pelakon memerlukannya mencari sumber pendapatan lain yang menjamin keselesaan masa depan.

“Saya kini mula buat bisnes baju dengan rakaan sendiri iaitu AFM Design dan Insya-Allah dalam rancangan untuk buka sebuah kafe sebagai bisnes keluarga. Sekarang sedang kumpul duit sedikit-sedikit untuk buat modal, kalau tiada aral melintang mungkin tahun depan.

“Namun ia bukan sebab saya sudah kurang tawaran berlakon, tawaran sama seperti dulu, cuma saya sedar sebagai pelakon pendapatan tidak tetap dan kita tidak tahu sampai bila kita mampu berlakon,” ujarnya kepada mStar Online.

Afiq berkata, dia sudah beberapa kali terlibat dengan karnival usahawan selebriti yang dianjurkan di sekitar Kuala Lumpur.

Sementara itu, bercerita tentang kerjaya lakonannya, jelas Afiq dia masih berada dalam kontrak dengan syarikat penerbitan drama Global Station Sdn Bhd.

Bagaimanapun dia diberi kelonggaran untuk menerima tawaran daripada penerbitan luar jika jadual tersebut tidak bertindan dengan drama syarikat terbitan tersebut.

“Tentang tawaran berlakon sekarang saya masih lagi bawah Global Station, namun saya boleh mengambil tawaran lain yang tidak bertindan jadual dengan drama mereka.

“Sekarang saya sedang sibuk dengan penggambaran drama A Lot To Remember dan selepas itu saya ada cuti sebulan dan masa cuti sebulan itu saya boleh fikirkan untuk terima tawaran daripada mana-mana stesen televisyen atau produksi lain,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Artispelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd