• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amarah Adnan.. Mahu Saman Utusan RM15 Juta!

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Susulan penerbitan sebuah artikel menerusi kolum Awang Selamat yang didakwa menghina, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bertindak menyaman akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia.

Perkhabaran itu didedahkan sendiri akhbar tempatan tersebut menerusi ruangan sama, hari ini.

“Awang sudah menerima surat tuntutan guaman daripada Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob berhubung tulisan ‘Hebat Sangatkah Adnan’.

Sekadar makluman, tidak molek komen lebih kerana bakal jadi kes mahkamah.”

Surat tuntutan guaman bertarikh 18 November tersebut dihantar menerusi syarikat guaman Manjeet Sigh Dhillon dengan jumlah tuntutan sebanyak RM 15 juta.

Mengikut kronologi isu bermula apabila Utusan menyiarkan artikel mengenai kebanjiran lebih 30,000 pendatang asing tanpa izin, terutama warga Bangladesh di Cameron Highland.

Adnan kemudiannya membidas artikel tersebut dengan berkata penulisan itu agenda media untuk menjatuhkan pemimpin selain digunakan sebagai strategi melariskan jualan bagi mengelakkan syarikat mengalami kerugian dan ditutup.

Kenyataan tersebut lantas mendapat reaksi kembali daripada akhbar lidah rasmi UMNO itu menerusi artikel bertajuk, ‘Hebat Sangatkah Adnan?’.

Dalam artikel di ruangan ‘Bisik-Bisik Awang Selamat’ itu, penulis mengungkapkan, “Awang seperti tidak percaya ada pemimpin bertaraf menteri besar yang berfikir seperti itu. Inilah masalahnya kalau sudah lama sangat sandang jawatan dan terleka dalam zon selesa sehingga takut dengan bayang-bayang sendiri. Ulat pun disangka ular. ”

Awang Selamat turut menulis, “Adnan rakus menuding jari terhadap media. Awang selalu mendapat maklum balas termasuk daripada wartawan banyak organisasi media tentang cara beliau yang kelihatan angkuh. Tidak boleh menerima teguran – mudah melenting.”

Selain mendakwa survival politik Adnan bergantung pada Sultan Pahang, penulis pojok terlibat menasihati Adnan agar tidak menjadi liabiliti dalam UMNO dan berundur. - MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: Adnan YaakobPahangsamanUtusan Malaysia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“RM300,000 Itu Sangat Besar Bagi Diri Saya. Segala Simpanan Yang Ada Masih Belum Mencukupi” – Akmal Saleh

“RM300,000 Itu Sangat Besar Bagi Diri Saya. Segala Simpanan Yang Ada Masih Belum Mencukupi” – Akmal Saleh

21/10/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meluahkan rasa berat hati terpaksa membuka bidaan motosikal Honda X-ADV...

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd