• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14,095 Kanak-Kanak Tidak Bernegara Dicatatkan Sejak 2003

oleh Ahmad Albab
17/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Menurut rekod Kementerian Dalam Negeri (KDN), seramai 14, 095 kanak-kanak yang status kewarganegaraannya masih belum dipastikan taraf mereka antara 2003 hingga April tahun ini.

Kebanyakan daripada mereka berasal dari Sabah (87.7%) atau 8, 128 dan Sarawak seramai 4, 236. Negeri-negeri lain yang status kanak-kanak masih belum ditentukan ialah Selangor (480) dan Johor (302).

Kerajaan sedang mengkaji cadadangan untuk mengeluarkan kad pengenalan khas kepada mereka yang status kewarganegaraannya ‘masih belum ditentukan’ lagi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapai oleh golongan berkenaan.

Pada 2010, kerajaan juga antara lain pernah mencadangkan agar ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan bagi menyelesaikan kes yang memakan masa bertahun-tahun dalam isu rakyat tidak bernegara.

Mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), terdapat tiga kategori kewarganegaraan, – Warganegara, Bukan-Warganegara dan ‘Status Masih Belum Ditentukan’

‘Status Masih Belum Ditentukan’ tidak dapat ditentukan ekoran masalah perkahwinan yang tidak diiktiraf, status kewarganegaraan ibu yang belum ditentukan, dokumentasi yang tidak lengkap atau kanak-kanak terbiar.

Dalam satu temubual eksklusif bersama The Star pada Julai, Dr Ahmad Zahid berkata oleh kerana ada kelaharian yang tidak didaftarkan, menyebabkan wujud kanak-kanak yang membesar hingga dewasa tanpa memiliki sebarang dokumen diri sendiri.

Tanpa sijil kelahiran, seseorang individu itu tidak dapat bekerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta, memperoleh pasport, lesen memandu, pinjaman bank, mengundi, berkahwin secara sah atau mendaftarkan kelahiran anak mereka.

Antara 2008 hingga 30 April tahun ini, KDN telah menerima sebanyak 9, 372 orang yang memohon untuk menjadi warganegara Malaysia.

Sebuah dokumentari yang diterbitkan oleh pertubuhan bukan kerajaan, Voice of Children, mengenai kanak-kanak tidak bernegara mendakwa terdapat kira-kira 100, 000 kanak-kanak seperti itu di Malaysia.
Menurut laman web, VOC, kanak-kanak ini wujud secara tidak sah, terdedah kepada bahaya dan tidak berupaya mempertahankan diri mereka terhadap ekslploitasi.

Pada Jun tahun lalu, KDN menerima bantuan daripada Kementerian Kesihatan untuk mendaftarkan semua kelahiran di hoispital kerajaan, klinik di Sarawak bagi mengurangkan kes pendaftaran lewat, terutamanya di kawasan luar bandar.

KDN juga mendedahkan terdapat hampir 6,000 kes pendaftaran lewat yang tidak direkodkan di Jabatan Pendaftaran Negara di Sarawak namun mereka mengesahkan kes tersebut melibatkan mereka yang tampil untuk mendaftarkan kelahiran.

Setahun sebelum itu, kerajaan telah menyediakan draf awal terma rujukan bagi mengatasi masalah tersebut sementara Suruhanjaya Diraja (RCI) juga diberitahu masalah tersebut berlarutan ekoran kedatangan pendatang haram di Sabah.

RCI ditugaskan untuk meneliti serta mewujudkan langkah yang bersesuaian untuk mengatasi masalah kanak-kanak tanpa kewarganegaraan yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka yang merupakan pendatang asing tanpa izin. – mStar Online

Tags: kanak-kanakKDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd