Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Cadang SPAD Perkenal Sistem...

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mencadangkan agar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memperkenalkan...

Boustead Pertimbang Jual BHPetrol...

KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Bhd sedang mempertimbangkan untuk melupuskan perniagaan stesen minyaknya di...

Lelaki Tanam Kereta Belakang...

BEIJING - Seorang lelaki yang melakukan kesalahan langgar lari, menanam keretanya di belakang...

Dewan Rakyat Panas Sebaik...

KUALA LUMPUR - Seperti diramal, usul dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Zul Ariffin Beli Kereta Audi A5 Bukan Maserati, Guna Duit Sendiri!

TAK baik tau tuduh Zul Ariffin beli kereta mewah pakai duit kekasihnya, Gayatri Su Lin Pillai.

Penat-penat dia guna duit sendiri, ada pula yang menuduh dia ‘disponsor’.

Bagaimanapun, cakap-cakap ini timbul kerana kekasih Zul bukan calang-calang orang, punyai nama besar lagi dalam industri perfileman negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin Melaram Dengan Kereta Mewah Dihadiahkan Gayatri?

Berhubung gosip menyatakan Zul membeli kereta mewah Maserati, ternyata ia tidak benar kerana dia sebenarnya membeli kereta Audi A5 berwarna putih yang menjadi idamannya selama ini.

Menurut aktor yang cukup popular dengan drama Rindu Awak 200 Peratus itu, kereta yang digunakan sekarang iaitu Audi A5 dibeli menggunakan duit dikumpul sepanjang dirinya terlibat dalam bidang lakonan.

Memetik laporan Malaysian Digest:


“Saya tak minat pun Maserati. Kalau Gaya nak beli, baik dia beli untuk diri dia sebab dia yang minat kereta tu. Sebenarnya Gaya yang dulu muat naik gambar kereta tu di Instagram dia. Kebetulan minggu lalu saya beli kereta baru. Kakak saya muat naik gambar kereta saya itu di Instagramnya.

“Mungkin sebab gambar yang kakak saya muat naik tu nampak sama macam gambar yang Gaya letak di Instagram dia, walhal saya beli Audi A5 bukan kereta yang dihebah-hebahkan itu dan saya beli dengan duit saya sendiri.

“Sebelum ini saya membeli sebuah Myvi, sebuah trak dan superbike. Saya jual trak dan superbike untuk beli kereta baru ini,” kata Zul.

Wah, dengan kereta barunya ini pasti wanita-wanita di luar sana akan pandang Zul dua tiga kali kalau terserempak.

Pakej lengkap kot… kacak, berbadan sasa dan pandu kereta mewah lagi you alls!
MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori