Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

Bomba Sukarela Ditubuh Di...

KUALA TERENGGANU - Pasukan Bomba dan Penyelamat Terengganu merancang untuk menubuhkan pasukan bomba...

Lapangan Terbang Kulim Boleh...

PETALING JAYA - Seorang pakar pengangkutan mengalu-alukan pengumuman mengenai pembinaan sebuah lapangan terbang...

Pengilang, Pengimport Pelitup Muka...

PUTRAJAYA - Pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan diwajibkan membuat perakuan dan...

Hadi Dedah Dr M...

KOTA BHARU: Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad pernah...

Yang Di-Pertuan Agong Bangga Kejayaan UPNM

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah melahirkan rasa bangga baginda terhadap kejayaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menawarkan program baharu tahun ini.

Program itu adalah Sarjana Keselamatan Siber di Malaysia dan Sarjana Kejuruteraan Aeronautika.

Tuanku Abdul Halim bertitah baginda dimaklumkan UPNM bakal menawarkan beberapa program baharu bertunjangkan bidang pertahanan dan keselamatan pada masa akan datang.

“Cita-cita Beta adalah untuk melihat UPNM menjadi sebuah universiti terunggul di mana pembelajaran dan pembinaan modal insan yang diterapkan kepada mahasiswa mempunyai kualti yang tinggi.

“Alhamdulillah, hal yang demikian sudah mula menampakkan hasil positif apabila graduan UPNM kini semakin menjadi rebutan dalam sektor pekerjaan awam dan swasta,” titah baginda.

Teks titah ucapan Tuanku Abdul Halim dibacakan Tunku Panglima Besar Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim, yang juga Pro Canselor UPNM pada Istiadat Konvokesyen ke-5 UPNM di sini, hari ini.

Seri Paduka baginda bertitah baginda mahu UPNM menjadi sebuah universiti yang disegani dalam negara dan mampu bersaing dengan universiti lain di persada antarabangsa.

“UPNM adalah satu-satunya universiti di negara ini yang kesemua mahasiswanya terlibat dengan latihan ketenteraan. Selain daripada pegawai kadet Angkatan Tentera Malaysia, bermula tahun lepas kesemua mahasiswa awam di UPNM diwajibkan mendaftar sebagai anggota pasukan latihan pegawai simpanan,” titah baginda.


Pada majlis hari ini, 245 graduan menerima ijazah mereka terdiri daripada lapan graduan doktor falsafah, 10 graduan peringkat sarjana, 107 graduan pegawai kadet dan 120 graduan awam.

Pada majlis itu, universiti berkenaan turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Sumber) kepada bekas Panglima Tentera Darat Jen (B) Tan Sri Mohd Sany Abdul Ghaffar dan Ijazah Kehormat Sarjana (Sains dan Teknologi Maritim) kepada bekas Panglima Tentera Laut Laksamana Muda (B) Tan Sri K. Thanabalasingam.

Sementara itu, penerima pingat emas Canselor kerana pencapaian cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum, Pegawai Kadet Farah Khairunnisa Arif menyifatkan anugerah itu terlalu istimewa dan sebagai hadiah kepada ibu bapa serta tenaga pengajarnya.

Anak kelahiran Perlis berusia 23 tahun itu berkata beliau akan menyambung kerjaya bersama Angkatan Tentera Darat untuk menyumbang kepakaran beliau dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.

Penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Pegawai Kadet Muhammad Aimaan Mastahir, 22, berkata kesungguhan untuk belajar merupakan rahsia kejayaan beliau dalam jurusan yang diambil iaitu Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas).

Beliau tidak menyangka akan menerima anugerah tersebut dan berharap akan menjadi contoh kepada dua adik serta sahabatnya yang lain. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori