• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liwat II : 57 Peratus Mengundi Anwar Bersalah

oleh AK-47
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Mynewshub.cc mengadakan satu tinjauan di laman web kami www.mynewshub.cc untuk melihat pandangan pembaca berkenaan tuduhan kes liwat II melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Daripada 715 undi yang diterima, 57 peratus ataupun 408 undi mengatakan bahawa Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersalah.

Sebanyak 229 undi iaitu 32 peratus sahaja yang mengatakan Anwar tidak bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari.

[BACA  – Kebenaran Untuk Anwar Diwakili Oleh Bekas Hakim Dipertikai]

Juga terdapat baki 78 undi yang tidak kisah akan perkembangan kes berkenaan dengan peratusan hanya 11 peratus.

Bagi yang mengikuti perkembangan perbicaraan kes melibatkan Anwar ini, sejak 2012 dan juga proses rayuan pasukan pendakwaan pada Mac lepas, pasti mereka faham dan akur bahawa Anwar bersalah mengikut hujah peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang membawa kepada hukuman penjara lima tahun kepada Anwar.

Biarpun begitu, penyokong tegar dan fanatik Anwar mUndianLiwatasih ada yang tetap setia dengan perjuangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang menuduh tuduhan liwat ke atasnya sebagai satu konspirasi politik.

Bagi Anwar sendiri, sejak beberapa minggu lalu beliau sudah pun mula memancing simpati rakyat dengan kemaskini Facebook berbaur kesedihan seakan-akan beliau sudah teraniaya dek sistem kehakiman di Malaysia.

Untuk menuntut kebebasan, Anwar telah meminta orang ramai khususnya anak muda untuk berkumpul di hadapan Istana Kehakiman di Putrajaya yang menempatkan Mahamah Persekutuan tempat prosiding rayuan dijalankan atas nama kempen “Rakyat Hakim Negara.

Apapun, dikatakan proses prosiding ini yang ditetapkan selama dua hari bermula semalam akan berlanjutan sehingga esok dan berkemungkinan besar keputusan hanya akan diketahui pada lusa.

Rayuan pasukan pembelaan di Mahkamah Persekutuan didengar di hadapan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria.

Empat hakim lain ialah Tan Sri Md Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Anwar pada 2009 didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan pada 2012, beliau dibebaskan daripada tuduhan itu.

Bagaimanapun, Mac lepas Mahkamah Rayuan menerima rayuan pasukan pendakwaan diketuai Muhammad Shafee dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana kesalahan itu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Tags: Anwar Ibrahimkes mahkamahLiwat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd