• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trafik Bergerak Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya

oleh Ahmad Albab
07/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS) dari kedua-dua arah menuju ke ibu negara bergerak perlahan tengah hari ini berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota, selepas cuti Aidiladha.

Jurucakap Lembaga Lebuh raya Malaysia berkata setakat 1 tengah hari, trafik perlahan dari arah utara bermula dari Terowong Menora ke Ipoh, Ipoh ke Gopeng, dan Sungkai ke Slim River.

“Trafik dari selatan turut perlahan dari laluan Port Dickson ke Seremban terus ke Nilai, Pedas Linggi ke Senawang dan Senawang ke Port Dickson berikutan kemalangan di KM258 arah utara, namun ia telah selesai dialihkan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, aliran trafik juga perlahan di Lebuh raya Pantai Timur dari Plaza Tol Gombak ke pusat bandar dan dari Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Tags: aliran trafik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik menghala Pantai Timur dari Gombak ke Genting Sempah sesak anggaran 11 kilometer pagi ini. Jurucakap Lembaga...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd