Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Wanita Mengandung Meninggal Kerana...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menggesahkan seorang wanita mengandung meninggal dunia...

Kerajaan Pulau Pinang Mahu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pulau Pinang akan mengkaji sama ada pelaksanaan cukai barangan...

10 Restoran Dalam Kereta...

KERETA api merupakan pengangkutan yang menjadi pilihan masyarakat untuk ke mana-mana lokasi tidak...

2 Kediaman Di Pondok...

KOTA BHARU - Dua buah kediaman milik pelajar dan tenaga pengajar di Pondok...

Timbalan Ketua PKR Petra Jaya Isytihar Keluar Parti

KUCHING – Kecewa dengan pergolakan dalaman dan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang, Timbalan Ketua PKR Cabang Petra Jaya Idris Bohari hari ini mengisytiharkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Idris, 52, memaklumkan perkara itu kepada Bernama hari ini.

“Saya berhasrat untuk melupakan politik pembangkang dan badan bukan kerajaan akan menjadi platform baharu untuk saya meneruskan perjuangan untuk menyumbang kepada masyarakat,” katanya.

Beliau yang pernah menjadi setiausaha eksekutif PKR negeri percaya lebih ramai lagi anggota PKR negeri dijangka mengambil langkah sama.


“Saya percaya lebih ramai lagi (anggota PKR di Sarawak) akan mengikuti penghijrahan ini (meninggalkan parti) kerana masalah dalaman serta krisis kepercayaan yang berlaku (dalam PKR),” katanya.

Idris pernah bertanding sebagai calon PKR dalam dua pilihan raya umum dan pada pilihan raya negeri lepas. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PKR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori