• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Salah Rafizi Pegang Dua Jawatan Dalam PKR

oleh Ahmad Albab
13/10/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelantikan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli sebagai setiausaha agung tidak bercanggah dengan perlembagaan parti yang membenarkan mana-mana anggota memegang dua jawatan, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini adalah keputusan presiden yang melantik Rafizi sebagai setiausaha agung. Ia satu keputusan baik dan tiada peraturan menghalang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam PKR mengumumkan pelantikan Rafizi sebagai setiausaha agung parti bagi menggantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang dilantik sebagai Pengarah Bersama Pilihan Raya bersama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Pengarah Bersama Pilihan Raya PKR sebelum ini disandang Timbalan Presiden Mohamad Azmin Ali yang kini Menteri Besar Selangor.

Dalam pada itu, mengulas keputusan PAS menggantung keanggotaan dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor, Anwar berkata itu bukan satu masalah kerana mereka masih anggota PAS.

Dua Adun daripada PAS – Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin -, digantung selama setahun berkuat kuasa semalam kerana mengkhinati keputusan Majlis Ulama PAS yang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagi menteri besar Selangor.

Kedua-dua wakil rakyat PAS itu pula menyatakan pendirian menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor sebelum pelantikan Azmin. – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd