• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

T’ganu Tidak Turun Ke Stadium Larkin Jika FAM Kekal 17 Okt

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Terengganu tidak akan bermain pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Larkin, Johor Baharu, jika tarikh penangguhan dikekalkan pada 17 Okt ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata perkara tersebut telah diputuskan oleh jawatankuasa eksekutif badan itu hari ini.

“PBSNT mungkin tidak akan bermain pada tarikh tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di pejabat PBSNT di sini.

Turut hadir Timbalan Presiden Marzuki Sulong merangkap pengurus pasukan Terengganu.

Menurut Wan Ahmad Nizam, Terengganu bersedia bermain pada bila-bila masa selain daripada tarikh tersebut.

“Sepatutnya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memanggil kedua-dua pasukan duduk semeja berbincang untuk mendapat kata sepakat dan keadilan kepada semua,” tegas beliau.

Katanya FAM telah menunda perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Johor Baharu daripada 11 Okt kepada 17 Okt atas permintaan JDT.

Terengganu dan JDT seri tanpa jaringan dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Jumaat lepas.

Wan Ahmad Nizam berkata mesyuarat itu juga mengambil keputusan memohon FAM mengekalkan tarikh asal perlawanan tersebut.

Sementara itu, FAM dijangka memanggil wakil kedua-dua pasukan itu untuk membincangkan isu penangguhan tarikh di Wisma FAM, Kelana Jaya, Petaling Jaya esok. – BERNAMA

Tags: FAMTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa terdapat lambakan pelarian Rohingya di Kelantan dan...

FAM Tuntut FIFA Jelaskan Masa Tambahan Indonesia-Bangladesh, 2 Minit Jadi 7 Minit

FAM Tuntut FIFA Jelaskan Masa Tambahan Indonesia-Bangladesh, 2 Minit Jadi 7 Minit

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi mendapatkan penjelasan berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd