• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terpedaya Janji Manis Punca Berlaku Ganggguan Seksual

oleh Ahmad Albab
04/10/2014
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sikap mudah percaya pada pujian dan janji manis antara faktor utama berlakunya kes rogol dan cabul di tempat kerja yang membabitkan majikan dan rakan sekerja.

Perlakuan yang disifatkan gangguan seksual ini boleh berlaku sama ada secara lisan dan bukan lisan, visual atau fizikal.

Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes gangguan seksual yang merangkumi cabul dan rogol bagi 2012 dan tahun lalu keseluruhannya mencatatkan 75 kes membabitkan majikan, manakala kes melibatkan rakan sekerja pula sekali ganda iaitu 156 kes.

Daripada jumlah itu, kes rogol membabitkan majikan sebanyak 27, manakala 48 kes untuk cabul dicatatkan, manakala kes gangguan seksual melibatkan rakan sekerja pula menunjukkan 42 kes rogol dicatatkan, manakala cabul sebanyak 114 kes.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Sisatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Asisten Komisioner Hamidah Yunus, kes seumpama ini kerap berlaku kerana mangsa terlalu mudah percaya selepas suspek menabur janji manis serta pujian.

“Apabila mangsa mudah diperdaya, suspek pastinya akan mengambil peluang atau kesempatan, selain sikap suspek yang ingin menunjuk kehebatan diri.

“Lebih penting, pihak terbabit kurang pengetahuan undang-undang dan penghayatan agama, sekaligus tidak menghormati hak dan kehormatan mangsa,” jelasnya kepada mStar Online.

Tambah Hamidah lagi, antara gangguan seksual yang sering dilaporkan termasuk secara lisan seperti komen, gurauan, usikan, bunyi atau soalan berbentuk ancaman atau cadangan seksual.

“Ada juga secara bukan lisan seperti pandangan, kerlingan, menjilat bibir, memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau tingkah laku mengurat.

“Jenis gangguan secara visual pula berlaku apabila mangsa ditunjukkan dengan bahan lucah, melukis gambar lucah dan pujuk rayu yang berterusan.

“Dan gangguan secara fizikal pula melibatakan sentuhan yang tidak diingini seperti menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk dan mencium serta serangan seksual,” jelasnya.

Bagaimanapun, kata Hamidah, ada kejadian gangguan seksual yang berpunca daripada mangsa sendiri, selain sikap ibu bapa.

“Mereka (ibu bapa) tiada masa untuk berkomunikasi dalam keluarga serta tidak mamantau aktiviti anak-anak. Paling jelas kerapuhan institusi kekeluargaan menyumbang kepada pelbagai anasir negatif.

“Selain itu, kes ini juga berlaku disebabkan pengaruh filem lucah yang boleh ditonton menerusi internet atau VCD,” jelasnya.

Katanya lagi, mangsa yang mengalami gangguan seksual ini perlu berani tampil membuat laporan bagi mencegah kes cabul atau rogol terus berlaku di kalangan majikan dan rakan sekerja. – mStar Online

Tags: polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd