• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tujuh Anak Kapal CB204 Ditemui SELAMAT Tapi Kelaparan

oleh AK-47
08/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUJUH anak kapal bersama bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), CB204, yang dilaporkan hilang sejak pagi Ahad di perairan Pulau Mengalum, Sabah sudah pun ditemui dalam keadaan selamat.

aziz

Perkara ini disahkan Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (gambar) sebentar tadi menerusi status-status Twitter di bawah.

selamat 1

 

selamat2

 

selamat3

BACA: Bot Tempur TLDM Dikhuatiri Hilang Di Perairan Sabah

Sebelumnya beliau mengumumkan bahawa KD Ganas telah menerima satu signal dipercayai daripada CB204 di kawasan Sinar Sakti di perairan pantai Barat Sabah lalu diarahkan ke lokasi berkenaan untuk menyiasat.

KD Ganas adalah salah satu daripada empat kapal TLDM yang dikerahkan dalam operasi SAR menjejak dan menyelamat CB204 selain kapal diraja (KD) Lekiu, KD Paus dan KD Serang serta sebuah helikopter jenis Super Lynx.

BACA: Kawasan Pencarian Bot Tempur TLDM Dibahagi Kepada 4 Sektor

Turut terlibat dalam operasi ini adalah aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melibatkan dua kapal iaitu KM Mabul dan KM Berani serta sebuah helikopter jenis AgustaWestland AW139; begitu juga aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu sebuah pesawat jenis Beechcraft B200T.

'Semua Anak Kapal Selamat Tetapi Kelaparan'

Tujuh anak kapal yang ditemui selamat bersama bot tempur CB204 adalah Lt Azri Bakar, Charles Christopher ak Muni, Ince ak Evin, Steven Hudson ak Miso, Nor Azuan Ariffin, Sulhajji Daah dan Mohd Azhry Maani.

CB204 terputus hubungan dengan radar sekitar jam 1.05 petang Ahad lalu ketika dalam perjalanan ke Gugusan Semarang Peninjau dengan posisi terakhir ia direkodkan adalah 20 batu nautika ke timur laut Pulau Mengalum. – MYNEWSHUB

REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC

Tags: operasi SAR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Operasi SAR Cikgu Hafiz Masuk Hari Ketiga

Operasi SAR Cikgu Hafiz Masuk Hari Ketiga

12/11/2023
0

KULIM: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) guru, Mohd Hafiz Jasmi, 38, yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dalam hutan di...

Tragedi Kepala Air: Operasi SAR Putri Nor Fatin Diteruskan

Tragedi Kepala Air: Operasi SAR Putri Nor Fatin Diteruskan

09/07/2023
0

KEMAMAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir tragedi kepala air Jeram Mawar yang masih hilang diteruskan hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd