• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Tunggal Nyaris Maut Melayang Jatuh Dari Rumah!

oleh AK-47
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Niat untuk menutup pintu beranda rumahnya di tingkat 10 ketika hujan lebat serta ribut yang melanda ibu kota semalam menyelamatkan seorang ibu tunggal dari maut.

FOTO9

Sunita Rosti

Menurut Sunita Rosti, 35, dinding salah satu daripada biliknya tercabut akibat ribut angin semalam di mana ketika kejadian dia berseorangan dan sedang berehat di atas katil dalam bilik tersebut.

Katilnya itu diletakkan bersebelahan dengan dinding yang tercabut dibawa ribut kuat.

(BACA – Tercabut Akibat Ribut: DBKL Ganti Dinding Baharu – KLIK)

(BACA – Tindakan Pantas DBKL Dipuji Mangsa Dinding Rumah Tercabut – KLIK)

Namun disebabkan hatinya tergerak untuk menutup pintu beranda di bahagian hadapan rumah telah menyelamatkannya daripada menjadi mangsa bencana alam yang boleh disifatkan paling teruk pernah berlaku di Blok 28, Flat Hang Tuah (Perumahan Awam Jalan Loke Yew) yang didiaminya sejak tiga tahun lalu.

“Kejadian berlaku pada 5.45 petang, saya tengah baring kat bilik, kejadian berlaku ketika saya nak tutup pintu beranda dan bila saya balik ke bilik tengok dinding dah tiada,” katanya ketika ditemui Mynewshub di rumahnya, di sini hari ini.

Kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu memberikan kesan buat ibu tunggal beranak empat ini namun dia bersyukur kerana tiada perkara buruk berlaku terhadap dirinya dan barangannya juga tiada yang terjatuh ke bawah.

FOTO5

FOTO4

Sunita juga bersyukur ketika kejadian berlaku, keempat-empat anaknya yang berusia empat hingga 16 tahun tidak berada di rumah dan tidak mengalami pengalaman buruk seperti yang dialaminya itu.

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang tercabut dinding biliknya ialah penghuni tingkat 13, yang mana kedua-dua bilik tidurnya terlopong disebabkan insiden tersebut.

FOTO8

Irdawati Rahman

Menurut surirumah, Irdawati Rahman, 40, ketika kejadian, tiada sesiapa pun berada di rumah kerana masing-masing mempunyai urusan di luar.

Dirinya bergegas balik ke rumah selepas diberitahu jiran dan alangkah terkejutnya apabila melihat dua dinding bilik rumahnya tercabut.

Barang-barang yang diletakkan berdekatan dinding antaranya seperti cadar dan baju-baju turut sama terjatuh ketika kejadian berlaku.

FOTO7

FOTO6

FOTO

Selama tiga tahun menetap di situ, menurut Irdawati, kejadian ini memang yang paling teruk pernah dialaminya sekeluarga.

Walaupun masih terkejut dengan insiden itu, namun Irdawati redha dengan ujian yang diberikan buat mereka sekeluarga.

Selain kediaman mereka, satu lagi unit rumah di tingkat 18 turut tercabut dinding, namun hasil tinjauan Mynewshub mendapati penghuni tiada di rumah untuk mendapatkan reaksi balas mereka. – MYNEWSHUB

FOTO3

FOTO1

FOTO2

http://www.youtube.com/watch?v=rNjD6kUeOzg

Oleh: JULIANA JOHAR

Foto/Video: RIZA RAZAK

Tags: kuala lumpur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemui Di Kuala Lumpur

2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemui Di Kuala Lumpur

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui di...

Cuaca Berjerebu, IPU Semakin Meningkat

Cuaca Berjerebu, IPU Semakin Meningkat

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) memaklumkan ibu negara mencatatkan kemerosotan kualiti udara dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd