• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Gadis Metro’ Dikecam Tergamak Selfie Dengan Jenazah Bapa

oleh AK-47
27/10/2014
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK dapat dipastikan kenapa gadis cantik yang dikenali sebagai Fify Azmi atau nama penuhnya Nur Afiqah Mohd Azmi yang juga peserta akhir pencarian Gadis Muka 2 (GM 2) Harian Metro melakukan tindakan kurang bijak apabila berselfie di samping jenazah ayahnya.

Lebih menyedihkan apabila gambar itu dimuatnaikkan di Instagram miliknya, fifyazmi90 sekali gus menimbulkan rasa kurang senang pada yang melihatnya.

selfie sebelah jenazah bapa

Hinggakan, ada yang meninggalkan komen mempersoalkan ‘kesedihan’ gadis ini. 

“Betul ke u sedih?? I dont think so, u know why?? Sebab bila darah daging kita meninggal especially our parents, x de masa pun nak pandang hp!” - demikian komen ditinggalkan ‘drhusnafadzil’.

Menurut ‘Abdul Hafiz’ pula, gambar selfie itu kurang enak dilihat kerana tidak bersesuaian dengan masa dan keadaan.

“Hmmm, janganlah bertindak sebegitu” - tulisnya.

Bagaimanapun, selepas ramai yang menegur, Fify didapati telah memadamkan gambar tersebut.

Selain gambar selfie bersama jenazah bapa, Fify turut memuat naik gambar keranda bapanya diusung keluar serta gambar ibunya sedang bertafakur di tanah perkuburan.

fify azmi gm2

Peserta Gadis Muka 2 (GM 2) Harian Metro yang mempunyai pasangan kembar bernama Khalie ini, pernah memberitahu Harian Metro tentang keadaan arwah bapanya.

Ulas Fify ketika baru menyertai pertandingan ini:

“Untuk pengetahuan umum, kami datang daripada keluarga yang sederhana. Bapa saya dulunya bekerja tetapi sejak terlantar koma kerana asma kronik, ibulah yang mengambil alih tugas sebagai bapa.

(Biawak Sesat Di Kolam Renang, Tetamu Resort Lari Lintang-Pukang – KLIK)

“Antara sebab saya menyertai GM2, manalah tahu rezeki, saya boleh membantu meringankan beban keluarga.

“Ironinya, selepas tiga bulan bapa saya disahkan lumpuh tiba-tiba I Like Entertainment Sdn Bhd selaku penerbit GM2 dan Harian Metro, akhbar rasmi pertandingan ini mengumumkan Pencarian GM2.”

Keputusan GM 2 bagaimana pun menyaksikan kemenangan menjadi milik Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf, gadis kacukan Jerman, Amerika Syarikat dan Melayu dari Ampang, Selangor.

fify azmi dan ungku ismail

Selain itu, Fify juga merupakan peserta program Fear Factor Malaysia terbitan Astro yang digandingkan dengan pelakon Ungku Ismail.

Harap-harap segala teguran berkaitan insiden ini dipandang positif oleh Fify.

Janganlah terlalu sibuk nak cari perhatian sampai terlupa menjaga adab dan sensitiviti sebagai seorang Melayu beragama Islam.. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: KAKAK KAWASAN

Tags: instagramjenazahselfie
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

18/01/2026
0

GEORGETOWN: "Jenazah isteri saya, Allahyarham Nadia Kesuma akan dikebumikan di sana. Kami tak akan bawa pulang jenazah ke tanah air...

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

17/10/2025
0

SUBANG: Jenazah seorang pendaki yang ditemui mati di Gunung Liang, Tanjung Malim, selamat dibawa turun dari puncak menggunakan helikopter Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd