• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tenis: Ferrer Tekad Buru Tiket Ke ATP Final London

oleh Ahmad Albab
15/10/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIENNA – Jaguh tenis Sepanyol, David Ferrer jelas bertekad untuk layak beraksi di kejohanan Final Jelajah ATP di London apabila memutuskan untuk beraksi di Terbuka Vienna buat pertama kali dalam tempoh sepuluh tahun.

Pemain berusia 32 tahun itu, yang diletakkan pilihan utama di Austria membutuskan untuk beraksi bersama pemain Britain, Andy Murray dalam usaha memburu tempat di kejohanan penutup tirai tenis tahun ini pada November.

Ferrer dan Murray ketika ini berada di kedudukan kesembilan dan ke-10 dunia memburu tiga tempat terakhir pada aksi di London yang menampilkan lapan pemain terbaik dunia.

Pemain Kanada, Milos Raonic yang beraksi di Moscow, Russia berada di kedudukan kelapan dengan Ferrer hanya ketinggalan 35 mata manakala Murray 95 mata.

Ferrer yang dijadual menentang sama ada Simone Bolelli atau Tobias Kamke selepas mendapat bye pada pusingan pertama berkata ia akan menjadi perebutan sehingga penamat untuk memastikan tempat ke kejohanan elit itu.

“Sudah tentu ia adalah matlamat saya, saya beruasaha untuk mendapatkannya,” kata Ferrer yang tewas kepada Novak Djokovic di suku akhir Shanghai, minggu lalu. “Ia penting buat saya.

“Kami tidak memiliki begitu banyak kejohanan lagi ketika ini. Kami hanya mempunyai tiga kejohanan berbaki sebelum ke London.”

Murray yang diletakkan sebagai pilihan kedua pula akan menentang pemain Kanada, Vasek Pospisil yang menewaskan pemain Jerman, Daniel Brands 6-3, 6-7 (3/7), 7-6 (7/2).

Antara yang sudah mengesahkan tempat ke London ialah Novak Djokovic, Roger Federer, Rafael Nadal, Stan Wawrinka selain Marin Cilic yang muncul pemenang di Grand Slam tahun ini. – AFP

Tags: tenis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kami Hanya Berentap Di Gelanggang” – Stephens

06/06/2018
0

PARIS - Juara Terbuka Amerika Syarikat, Sloane Stephens berkata, hubungannya dengan rakan baik Madison Keys akan tetap sama menjelang aksi...

Rafa Nadal Jagoan Tanah Liat Sepanjang Zaman

21/05/2018
0

ROME - Rafa Nadal memanfaatkan perlawanan ditangguhkan akibat hujan dengan bangkit daripada ketinggalan di set penentuan dan menewaskan juara bertahan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd