• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Abdullah Umum Tanding Exco FIFA Bagi Penggal 2015-2018

oleh Ahmad Albab
18/10/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan exco Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2015-2018.

Baginda bakal bertanding bersama lima calon lain bagi merebut tiga kerusi yang diperuntukkan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Tengku Abdullah bertitah keputusan untuk bertanding dibuat selepas menerima sokongan padu daripada anggota exco FAM serta ahli gabungan AFC dan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).

Menerusi kempen di bawah moto ‘1Asia 1Suara’, Tengku Abdullah, yang mempunyai pengalaman hampir 30 tahun dalam dunia bola sepak, berharap untuk menyatukan benua Asia supaya muncul sebagai kuasa besar dunia pada masa depan.

“Saya berhasrat untuk berkhidmat kepada Asia sebagai pemain pasukan di peringkat global, pada masa sama bekerja dengan Presiden FIFA, Datuk Joseph Sepp Blatter dan Presiden AFC Sheikh Salman Ebrahim Al Khalifa untuk membawa benua Asia ke tahap yang sepatutnya iaitu kuasa besar dunia dalam bola sepak.

“Saya bangga untuk menyatakan bahawa saya telah mendapat restu mereka untuk bertanding. Malah, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah memberi sokongan penuh bahawa saya akan menjadi salah satu calon yang menang,” titah baginda kepada pemberita semasa pengumuman khas mengenai perkara itu di sini.

Tengku Abdullah bertitah sekiranya dipilih, baginda berharap untuk mendapatkan lebih banyak slot untuk Asia dalam pusingan final Piala Dunia, sambil menambah negara-negara Asia perlu diberikan peranan yang lebih penting dalam badan pentadbir bola sepak dunia.

“Kita adalah benua terbesar. Kita harus mula memainkan peranan. Sebagai anggota exco FIFA akan datang, saya percaya kita (negara-negara Asia) perlu diberi lebih banyak tempat pada pusingan final Piala Dunia berbanding empat slot ketika ini.

“Selain itu, saya juga percaya tempat kita dalam FIFA itu sendiri perlu ditambah,” titah baginda, yang juga Tengku Mahkota Pahang.

Mengenai lima lain calon lain, baginda, yang juga naib presiden AFC, bertitah, pencabarnya masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri tetapi baginda percaya hubungan baik dengan ahli gabungan FIFA bakal menjadi kunci kejayaan seseorang calon itu.

Adalah difahamkan lima calon lain adalah daripada Thailand, Jordan, Jepun, Korea Selatan dan Qatar.

Dalam perkembangan lain, Tengku Abdullah bertitah walaupun menerajui Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dan Persekutuan Hoki Asia (AHF) tetapi ia bukan penghalang untuk berkhidmat dalam mana-mana persatuan sukan selagi mampu menguruskan masa dengan bijak.

“Seperti saya katakan sebelum ini, saya tidak akan mempertahankan jawatan presiden MHC pada pemilihan akan datang. Saya hanya mahu sukan itu berada dalam  keadaan stabil. Biar orang lain mengambil alih jawatan itu. Saya akan hanya memantau dari perspektif yang berbeza,” titahnya.

Pemilihan tiga calon dari benua Asia bagi jawatan exco FIFA akan diputuskan pada Kongres AFC yang dijadual diadakan di sini pada April atau Mei tahun lepas. – BERNAMA

Tags: FIFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

TMJ Tidak Akan Lari, Sedia Berdepan Penyokong Fanatik Harimau Malaya 

TMJ Tidak Akan Lari, Sedia Berdepan Penyokong Fanatik Harimau Malaya 

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) tidak akan lari daripada sebarang cabaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd