• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempat Sembelihan Baharu Mula Digunakan Hari Ini

oleh Ahmad Albab
06/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tempat sembelihan baharu yang dibina di perkarangan Masjid Negara mula digunakan pada hari ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata dua tempat sembelihan dibina berikutan permohonan pihak masjid bagi memudahkan dan melicinkan ibadah korban setiap tahun.

“Tapak sembelihan baharu ini lebih terjamin kebersihannya dan urusetia serta sukarelawan lebih mudah menguruskan aktiviti penyembelihan yang banyak.

“Langkah yang diambil oleh pihak masjid untuk membina tempat penyembelihan ini dapat mengelak tanggapan orang awam dan pencinta haiwan bahawa kita (umat Islam yang menjalankan ibadah korban) kejam kepada binatang,” katanya kepada media selepas merasmikan tapak itu di sini, hari ini.

Tapak sembelihan yang dibina di perkarangan masjid itu turut mempunyai bumbung dan sistem pengairan yang lebih sistematik.

Dalam pada itu, Ahmad Phesal yang merasmikan majlis korban di masjid berkenaan tidak ketinggalan menyembelih seekor lembu. Turut hadir Timbalan Imam Besar Masjid Negara Mohamad Mohd Zin.

Sebanyak 64 ekor lembu korban disumbangkan pelbagai pihak dan 43 ekor daripadanya dikorbankan pada hari ini di bawah Program Qurban Peringkat Masjid Negara.

Selain itu 12 ekor lembu akan diuruskan korbannya di Vietnam, esok dan sembilan ekor lagi diagihkan kepada Darul Quran dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk diuruskan.

Ahmad Phesal berkata program korban itu selain memupuk kerjasama antara penduduk setempat, juga merupakan tanda kecintaan kepada agama Islam.

“Program sebegini merupakan asas untuk umat Islam melaksanakan syiar Islam dan dapat memupuk kerohanian kita untuk mendekati Allah.

“Walaupun ibadah sunat, program ini dapat mengasuh dan mendidik kita untuk berkongsi rezeki dengan golongan yang tidak mampu,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Buli Dikesan Dalam Kematian Pelajar Tingkatan 4

Tiada Unsur Buli Dikesan Dalam Kematian Pelajar Tingkatan 4

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub REMBAU, 20 Jun 2026 — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan setakat ini tiada unsur buli dikesan dalam insiden...

248 Rumah Rosak Dibadai Ribut Di Bercham, Ipoh

248 Rumah Rosak Dibadai Ribut Di Bercham, Ipoh

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  IPOH, 20 Jun 2026 — Sebanyak 248 buah rumah dilaporkan mengalami kerosakan akibat kejadian ribut dan hujan lebat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd