Adakah mustahil untuk membuat kareografi drift di jalan raya yang sebenar?
Bagi sekumpulan pelagak ngeri dari Amerika Syarikiat ini, ia sememangnya tidak mustahil.
Dengan latihan dan persediaan yang secukupnya, mereka telah merakamkan sebuah kareografi drift di tengah bandaraya Cape Town, Amerika Syarikat bagi mempromosikan keluaran kenderaan terbaru BMW M235i.
Sedikit info mengenai sukan drift, ia merupakan sejenis teknik di mana pemandunya sengaja melakukan “oversteer” (membelok lebih), menyebabkan kehilangan cengkaman pada roda belakang semasa membelok, sambil mengekalkan kawalan kereta dan kelajuan output yang tinggi.
“Driftmob†yang dibawakan oleh BMW ini menggunakan khidmat pemandu drift profesional dunia iaitu Riley Harper, Rhys Millen, Samuel Hübinette, Conrad Grunewald, Rich Rutherford, dan Dai Yoshihara.
Ini adalah lebih hebat daripada flashmob yang sudah terlalu biasa sekarang ini. Selamat menonton!
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

