Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Amaran Cuaca Buruk Di...

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan...

Lima Rakan Didakwa Edar...

KUALA LUMPUR - Lima rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang di sini hari...

2 Lelaki Menyamar Polis...

BUKIT MERTAJAM - Dua lelaki yang menyamar sebagai polis ditahan ketika cuba menyamun...

10 Maut Pemanas Air...

TEHRAN - Sepuluh maut dan lima lagi cedera selepas pemanas air di sebuah...

Tamparan Buat Anwar, Hadi Tidak Hadir Mesyuarat PR

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima tamparan hebat daripada sekutu politiknya apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak muncul pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen pada Isnin yang diadakan bagi meraih sokongan berhubung kes liwat pada Selasa dan Rabu.

(Anwar Dianggap Penceroboh Jika Masuk UM Malam Ini – KLIK Tajuk)

Ketiadaan Abdul Hadi dalam mesyuarat penting sehari sebelum pendengaran terakhir rayuan Anwar berhubung kes liwat keduanya menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada pengikut politik pembangkang yang selama ini merasakan pemimpin mereka bersatu.

Walaupun ini bukan kali pertama Abdul Hadi tidak melibatkan diri dalam mesyuarat yang dipengerusikan Anwar, namun ketiadaannya pada kali ini dilihat janggal terutama di saat Ketua Pembangkang itu mungkin berhadapan hukuman penjara jika gagal dalam proses rayuannya.

Apakah ini bukti yang membenarkan khabar perselisihan antara Hadi dan Anwar?
Apakah ini bukti yang membenarkan khabar perselisihan antara Hadi dan Anwar?

Seakan menutup perselisihan antara beliau dan Presiden PAS itu, Anwar pada permulaan sidang medianya lebih awal menyatakan bahawa Abdul Hadi tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain di Terengganu.


Seperti biasa, pada mesyuarat itu Abdul Hadi diwakili Timbalannya, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Al; Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta beberapa pemimpin PAS lain.

Pada Selasa dan Rabu ini, Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan terakhir Anwar berhubung kes liwat keduaanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori