• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai K’jaan Suspek Rekrut Militan IS Ambil Cuti Panjang

oleh Ahmad Albab
18/10/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pegawai kerajaan yang ditahan kerana disyaki merekrut ahli untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) tidak bekerja selama hampir setahun dengan alasan ‘masalah keluarga’.

Lelaki berusia 37 tahun itu memohon cuti dari kementerian tempat dia bekerja iaitu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), kononnya untuk menjaga ibunya.

Namun, polis percaya lelaki itu berada di selatan Filipina bertemu dengan anggota militan warga Malaysia yang dikehendaki termasuk pensyarah Dr Mahmud Ahmad (atau lebih dikenali sebagai Abu Handzalah) dan pemilik kedai runcit, Mohd Najib Husen, masing-masing berusia 36 tahun.

Mereka dipercayai menjadi penggerak utama kumpulan militan tempatan yang melatih anggotanya untuk berjuang di Syria dan Iraq.

Individu ketiga adalah bekas pekerja Majlis Perbandaran Selayang, Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39, atau lebih dikenali sebagai Abu Nur.

Kakitangan kerajaan itu yang memegang jawatan Penolong Pengarah Kanan di salah sebuah jabatan dibawah kementerian itu hanya kembali bekerja pada bulan lalu.

The Star difahamkan bahawa pegawai itu yang juga seorang Datuk merupakan seorang jurutera dengan gred 44.

Beliau dikatakan berasal dari Pekan, Pahang.

Menterinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, beliau dimaklumkan mengenai penangkapan itu pada Rabu dan mengarahkan kementerian untuk memberi kerjasama penuh kepada polis.

“Pegawai itu bercuti hampir setahun dan kita tidak melihatnya sehingga dia kembali bertugas pada 25 September lalu.

“Kami tidak tahu apa yang berlaku atau apa aktivitinya sepanjang dia tidak bekerja tetapi akan membantu polis dalam apa jua cara sekali pun,” katanya ketika ditanya untuk mengulas mengenai penangkapan pegawai di kementerian itu.

Sumber mendedahkan dua wanita, antara 14 suspek militan yang ditahan di Shah Alam dan Damansara, yang dikenal pasti sebagai dua daripada perekrut utama kumpulan militan di negara ini.

Kedua-dua suspek – seorang suri rumah dan janda – adalah penggerak utama dalam mendapatkan pelajar wanita warga Malaysia untuk berjihad ke Syria bersama kumpulan IS.

“Biasanya hanya lelaki yang menjalankan aktiviti perekrutan.

“Namun, perekrut wanita ini mempunyai sifat keibuan yang berjaya memperdaya sesiapa sahaja dengan kata-kata mereka,” kata sumber.

Difaham, wanita tersebut menyertai kumpulan militan sejak awal tahun ini.

Sumber turut mendedahkan selain seorang penganggur berusia 34 tahun yang baharu kembali dari Syria, polis mengenal pasti seorang lain yang berjuang bersama IS di Syria.

“Ahli militan yang baharu sahaja kembali dari Syria, dijadikan sebagai tarikan dalam merekrut ahli baharu. Mereka akan berkongsi pengalaman dalam usaha untuk menarik perharian rakyat Malaysia untuk menyertai mereka,” kata sumber.

Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman berjaya menahan 14 individu yang disyaki anggota militan dalam
satu operasi khas tiga hari yang dilakukan di sekitar Shah Alam dan Damansara, Selangor mulai Isnin lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan lewat petang Rabu berkata kesemua yang ditahan adalah rakyat negara ini, berumur antara14 dan 48 tahun, terdiri daripada peniaga, petugas majlis, tukang masak, pereka grafik, pelajar, suri rumah dan jurutera.

Mereka yang ditahan termasuk tiga individu disyaki penggerak utama yang bertanggungjawab merekrut, membiayai dan mengatur pemergian rakyat Malaysia ke Syria.

Suspek termuda adalah seorang remaja lelaki berusia 14 tahun. – mStar Online

Tags: Militanpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd