Tuesday, July 23, 2024

Creating liberating content

‘Mat Motor’ Terkepung, 391...

KUALA LUMPUR - "Bagai cacing kepanasan." Itu antara gelagat lebih 500 'mat motor' yang diperiksa...

Guan Eng ‘Beli’ Maruah...

Tahniah diucapkan kepada penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang cekal menjalankan...

4 Lagi Anggota PPBM...

TAIPING - Empat lagi anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Larut yang diketuai...

8 Ular Bersetubuh Di...

SYDNEY - Seorang penduduk di Gold Coast, Australia, terkejut besar apabila menjumpai lapan...

DEKOR: Tips Bagaimana Dapatkan Idea Untuk Hias Rumah

Menghias rumah antara usaha atau gerak kerja seni yang memerlukan kepekaan dan kreativiti mendalam. Ini kerana, rumah yang selesa mampu membentuk keharmonian sesebuah keluarga.

Tapi kadangkala, kita buntu bagaimana ingin mendapatkan idea untuk menghias rumah Di sini kami kongsikan beberapa cara untuk mendapatkan tips mendekor kediaman kita.

1. Banyak membaca dan membuat rujukan termasuk akhbar yang memaparkan idea menarik selain majalah dekorasi.

majalah dekorasi

 

2. Tonton program dekorasi di televisyen atau Internet.

deko tv

3. Berkunjung ke pameran perhiasan rumah yang sering diadakan jika ada kelapangan.

Pelbagai idea anda akan anda temui selain bertemu pakar hiasan dalaman de­ngan huraian terperinci mengenai dekorasi yang anda inginkan.

Home Decor exhibition 1

4. Luangkan masa me­ngunjungi kedai perabot dan perkakas rumah untuk meninjau perkembangan produk walaupun tidak membelinya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

5. Jadikan rumah contoh sebagai pencetus idea dekorasi terutama sekali jika anda ingin menghias rumah baru.Banyak rumah-rumah contoh dari pihak pemaju yang boleh anda lawati. Tidak dinafikan penataan rumah contoh begitu eksklusif sebagai penambah daya tarikan kepada pembeli.


rumah contoh

 

6. Paling kurang, ketika menonton drama atau filem di televisyen, perhatikan dekorasi ruang tertentu.

friends2

 

7. Ketika berkunjung ke rumah jiran atau sanak saudara, perhatikan cara atau gaya dekorasi kediaman mereka.

visit

8. Luangkan masa bermalam di hotel untuk ambil ‘mood’ baru dan perhatikan idea dekorasinya.

hotel room

:-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

  • Lagi berita berkaitan:
  • tips

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori