• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tips-Tips Menarik Untuk Kelihatan Lebih Tinggi

oleh AK-47
18/01/2018
dalam VVANITA.MY
0
Share on FacebookShare on Twitter

Buat si gadis yang memiliki ketinggian yang agak kurang memuaskan mungkin boleh ikuti trik ini untuk kelihatan lebih tinggi.

Perincian seluar. Memilih untuk memakai seluar haigh waist dan baju dikemaskan di dalam seluar dapat memberikan ilusi kaki panjang. Sama juga dengan skirt yang memiliki perincian high waist.

Pilihan rona hitam putih. Memadankan pakaian dari rona hitam dan putih dapat memberikan efek tubuh lebih tinggi dan langsing. Kadang-kadang padanan pakaian dari rona yang pelbagai boleh buatkan anda tampak lebih pendek.

Padanan jaket. Memadankan jaket dengan pelbagai gaya berpakaian dapat membuatkan kamu kelihatan bergaya. Namun, elakkan daripada membutang jalet atau kardingan yang dipakai untuk mencipta ilusi garisan menegak yang langsing. Serta elakkan daripada memakai jaket atau kardingan yang labuh kerana ia dapat membuatkan kamu kelihatan lebih pendek.

Baju berkolar. Pakai baju berkolar V dapat memberikan ilusi tubuh lebih tinggi. Padankan bersama seluar high waist untuk sempurnakan gaya santai hujung minggu kamu.

Aksesori rantai panjang. Tambah rantai panjang dengan rekaan ringkas untuk mencipta garisan menegak bagi trik mata yang memandang.

Cetakan minimalis. Elakkan dari memakai pakaian yang sarat dengan cetakan terlalu besar. Pakai pakaian bercetak ringkas dan kecil. Ini untuk mencipta gaya yang seimbang supaya kamu tidak akan kelihatan terlalu sarat dan pendek.

Tali pinggang. Ya, aksesori yang satu ini juga turut memainkan peranan penting untuk buat kamu kelihatan tinggi. Elakkan dari memakai tali pinggang yang lebar dan besar. Jadi jika perlu mengenakan tali pinggang, pilih yang bersaiz halus dan kecil.

Panjang seluar atau skirt. Pastikan seluar atau skirt yang dipakai adalah panjang melebihi buku lali. Elakkan daripada memakai seluar atau skirt paras betis yang dapat membuatkan kamu kelihatan lebih pendek.

Pemilihan tas tangan. Pastikan kamu memadankan tas tangan bersaiz kecil atau sederhana. Ini kerana tas tangan bersaiz besar akan menambah kelebaran tubuh dan menampakkan kamu lebih pendek. Jadi pilih tas tangan yang sesuai dengan saiz tubuh kamu.

Potongan pakaian. Elakkan dari memakai pakaian yang mempunyai potongan terlalu longgar dan besar. Pakai pakaian yang lebih sesuai dengan saiz tubuh supaya dapat mengelakkan dari tubuh tampak tidak terlalu tinggi.-VVANITA.MY

Tags: tipsvvanita.my
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lindsay Lohan Bakal Lancar Jenama Hijab

Next Post

5 Alternatif Untuk Mekap Premium Yang Netizen Puji Melangit!

Related Posts

3 Tips Penting Sebelum Balik Kampung Raya Ini

24/05/2018
0

SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba, semua orang pasti tidak sabar mahu pulang ke kampung halaman berhari raya bersama keluarga...

5 Sebab Kenapa Suami Orang Jadi Pilihan Wanita Bujang

18/01/2018
0

SEPERTI yang kita semua sedia maklum, jumlah wanita di Malaysia sudah melebihi kaum lelaki. Jadi, adakah ini menjadi punca wanita lebih...

Next Post

5 Alternatif Untuk Mekap Premium Yang Netizen Puji Melangit!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd