• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Status Ibu Tidak Halang Hunny Madu Nyanyi Lagu Rap

oleh Ahmad Albab
08/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyampai radio dan penyanyi Hunny Madu sedar keputusannya untuk memperjuangkan irama Rap dan Hip Hop akan dipertikaikan oleh sesetengah pihak kerana statusnya sebagai seorang ibu.

Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 30, berkata, biarpun ada beranggapan dia tidak sesuai membawakan genre berkenaan namun dia mahu membuktikan pandangan itu silap dan wanita sepertinya mampu bersaing didalam bidang yang dipelopori oleh penyanyi rap lelaki.

“Sejak awal saya sedar keputusan saya untuk bergerak aktif sebagai penyanyi rap akan dipertikaikan hanya kerana saya seorang ibu.

“Tetapi saya mahu mengubah pandangan itu dan sebagai wanita sudah berkeluarga saya mampu menjadi ibu dan pada masa sama mengejar cita-cita saya,” katanya kepada mStar Online.

Hunny ditemui pada sidang media pelancaran single duetnya bersama Kayda berjudul Go Hard or Gostan dan Gucci Dowh secara digital di pejabat Warner Music Malaysia di sini, Selasa.

Pada majlis sama, Hunny dan Madu turut menandatangani perjanjian kerjasama dengan syarikat tersebut bagi mempromosikan dua single berkenaan yang turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Darren Choy.

Dalam pada itu, Hunny berkata, dia turut melontarkan pandangannya mengenai tanggapan masyarakat terhadap ibu yang berkerjaya menerusi lagu Go Hard or Gostan bagi memberi gambaran sebenar kepada pendengar.

Jelas Hunny, sebagai wanita dia terpanggil untuk bercakap mengenai perkara itu di dalam lagunya agar dapat memberi inspirasi kepada kaum wanita lain.

“Status bukan penghalang untuk seseorang mengejar cita-cita asalkan mereka tahu batasan dan mesej itu saya cuba sampaikan dalam lagu berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Hunny berkata, dia dan Kayda teruja dengan kolaborasi bersama Warner Music yang disifatkan satu penghargaan buat mereka berdua dan berharap perjuangan muzik mereka akan mendapat perhatian ramai.

“Sebelum ini kami banyak bergerak secara indie dan tidak menyangka Warner Music melihat potensi kami untuk diketengahkan dalam industri arus perdana.

“Biarpun tidak mengikat kontrak sebagai artis dibawah naungan mereka namun kerjasama dalam mempromosikan dua single kami adalah satu penghargaan kepada usaha kami berdua selama ini,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Hunny berkata, dia sangat menyenangi bekerjasama sengan Kayda yang juga anak kepada penyanyi terkenal, Datuk Sheila Majid itu kerana mereka mempunyai persefahaman tentang muzik.

Kata Hunny lagi, biarpun Kayda masih baharu dan muda tetapi pengetahuannya tentang industri cukup luas dan matang.

“Dia dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai latar belakang bidang muzik malah ibu bapanya juga antara dihormati jadi banyak ilmu yang sudah ada padanya.

“Kami juga serasi dalam proses kreatif seperti menulis lirik dan mencipta melodi untuk muzik kami,” ujarnya. –  mStar Online

Tags: Artispenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd