Saturday, June 22, 2024

Creating liberating content

1MDB: Peguam Negara Jawab...

PUTRAJAYA - Pejabat Peguam Negara mengeluarkan kenyataan di sini pada Khamis sebagai menjawab...

Gosip Bercinta Dengan Remy...

PETALING JAYA - Pelakon Nad Zainal menyifatkan gosip terbaharu mengenainya yang dikatakan sedang...

Kemarau Gelaran Terus Hantui...

KUALA LUMPUR - Kemarau gelaran terus menghantui ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor...

Siapa Lim Guan Eng...

KETERLALUAN... Kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) tampaknya memang dikuasai pemimpin DAP yang bebas...

SPR Nafi Persempadanan Semula Memihak Parti Tertentu

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya menafikan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuat untuk memihak kepada parti politik tertentu.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh sebaliknya menjelaskan, persempadanan itu perlu dilakukan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan yang mengkehendaki kajian semula persempadanan itu dilakukan setiap lapan tahun.

Menurut beliau, kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya yang terakhir bagi Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 2003 maka berdasarkan Perlembagaan Persekutuan tempoh lapan tahun telah berakhir pada 2011.

“Namun pada pertengahan tahun 2011, SPR memutuskan untuk memulakan kajian tersebut secara rasmi selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana mengambil kira tempoh kajian perlu diselesaikan dalam tempoh tidak lebih dua tahun daripada tarikh bermulanya kajian semula itu.

“Jika dilaksanakan dalam tahun 2011, dikhuatiri kajian itu akan terganggu sekiranya PRU13 berlaku dalam tempoh tersebut dan ia melangkaui tempoh dua tahun yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.

“Umum mengetahui PRU13 pada 5 Mei 2013. Dalam tempoh yang sama juga tempoh lapan tahun bagi Sarawak juga berakhir pada 2013. Justeru SPR telah menetapkan untuk menjalankan urusan kajian semula persempadanan pilihan raya secara serentak bagi kesemua negeri,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Ghani berkata, SPR kini sedang melaksanakan kerja-kerja pentadbiran untuk memulakan kajian semua persempadanan tersebut melibatkan kerja-kerja pengumpulan maklumat pembangunan, pertambahan penduduk dan pertambahan bilangan pengundi semasa.


Bagaimanapun, katanya, SPR sentiasa mengambil maklum isu yang dibangkitkan pelbagai pihak dan akan melihat secara keseluruhan persempadana bahagian-bahagian pilihan raya yang terdapat di seluruh negara.

Katanya, kaedah `one man, one vote, one value’ tidak sesuai digunakan dalam urusan kajian semula persempadanan tersebut memandangkan saiz sesuatu bahagian pilihan raya tidak dapat diseimbangkan dengan bilangan pemilih.

Menurutnya, hal itu disebabkan oleh faktor geografi dan keadaan bentuk muka bumi yang berbeza, faktor kepadatan penduduk serta kemudahan pentadbiran dalam sesebuah kawasan.

“Pada amnya kawasan bandar mempunyai bilangan penduduk yang ramai dan padat, saiznya lebih kecil serta kemudahan pentabdiran yang lengkap berbanding kawasan luar bandar yang kawasannya lebih luas tetapi mempunyai bilangan penduduk yang lebih kecil, bertaburan dan kemudahan pentadbiran yang kurang sempurna,” katanya.

Justeru, kata beliau, tidak timbul soal penentuan bahagian pilihan raya berasaskan etnik atau memihak kepada mana-mana parti politik kerana SPR cuma membuat syor persempadanan semula dan sebarang pertambahan atau pengurangan bahagian pilihan raya ditentukan oleh Dewan Rakyat. – mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori