• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Taktikal Khas 3 Mula Operasi Disember – Zahid

oleh Ahmad Albab
09/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah pasukan khas membanteras kegiatan judi, maksiat dan kongsi gelap iaitu Skuad Taktikal Khas 3 dijangka memulakan operasi Disember ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian pada persidangan Dewan Rakyat hari ini semasa menjawab soalan Datuk Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) yang ingin tahu sejauh manakah keberkesanan tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap aktiviti siber kafe dan judi internet.

“Pasukan khas dengan kekuatan 200 pegawai dan anggota akan membuat serbuan serta pemeriksaan ke atas pusat-pusat yang menganjurkan perjudian di seluruh negara,” katanya.

Ahmad Zahid berkata kerajaan sentiasa memperhebatkan tindakan tegas bagi membanteras aktiviti mesin perjudian komputer dengan adanya Ops Dadu Khas yang memberi tumpuan dan berskala besar di seluruh negara.

Katanya, kementerian juga menyediakan nota makluman khas dalam mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri tentang keperluan tindakan antara Pihak Berkuasa Tempatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengekang kegiatan itu.

“Ini memandangkan PBT mempunyai budi bicara bagi meluluskan dan membatalkan premis serta lesen untuk perniagaan siber kafe di kawasan pentadbiran masing-masing,” katanya.

Ahmad Zahid berkata kementerian juga sedang mengkaji tindakan alternatif yang boleh diambil di bawah Undang-Undang Pencegahan Jenayah (POCA) jika tiada keterangan kukuh untuk dituduh di mahkamah terhadap mana-mana individu atau sindiket yang menganjurkan perjudian haram.

Beliau turut bersetuju dengan cadangan Johari agar kementerian meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada setiap Ketua Polis Daerah yang berjaya menumpaskan setiap pusat siber kafe yang menjalankan perjudian komputer.

“Saya akan usulkan kepada Ketua Polis Negara mengenai cadangan tersebut. Ini kerana judi bukan sahaja masalah bagi satu pihak malah ia menjadi tanggungjawab semua untuk membanterasnya,” katanya.

Berdasarkan statistik daripada operasi yang dijalankan bermula 2013 hingga Ogos lepas, PDRM merampas 197,477 unit komputer bernilai hampir RM2 juta manakala 2,500 individu didakwa di bawah Seksyen 4B Akta Rumah Judi Terbuka dan 1,753 individu lagi didakwa mengikut Seksyen 6(2), Enakmen Hiburan.

Beliau berkata PDRM sentiasa menjalankan operasi secara agresif dan berterusan bagi mengekang gejala itu, namun usaha tersebut memerlukan penglibatan serta sokongan orang ramai dengan menyalurkan maklumat, selain menghindarkan diri daripada terjebak dengan aktiviti tidak sihat itu. – BERNAMA

Tags: ParlimenZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pesara Terkejut Wang Simpanan RM70,000 Dalam Bank Lesap

Next Post

Fenomena Gerhana Bulan Berdarah Malam Ini

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

RUU Pekerja Gig Dibentang Pada Sesi Parlimen Depan

RUU Pekerja Gig Dibentang Pada Sesi Parlimen Depan

01/05/2025
0

Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig bagi meningkatkan perlindungan dan menyelesaikan isu kebajikan membabitkan golongan...

Next Post

Fenomena Gerhana Bulan Berdarah Malam Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd