Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tanggung Beban Jika...

LENGGONG - Hasrat Pakatan Harapan dan PAS untuk menghapuskan hutang Perbadanan Tinggi Pendidikan...

Terengganu Catat 1,171 Kes...

SETIU - Sebanyak 1,171 kes demam denggi telah dilaporkan di seluruh Terengganu sehingga...

Suami Isteri ‘Naik Minyak’...

KUCHING - Gara-gara berang apabila ditahan dalam sekatan jalan raya, sepasang suami isteri...

Jurulatih Kelantan Letak Jawatan

KUALA LUMPUR - Berikutan prestasi tidak menentu pasukan Kelantan musim ini, jurulatihnya K.Devan...

Pesara Terkejut Wang Simpanan RM70,000 Dalam Bank Lesap

SETIU – Seorang pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menyimpan wang baki ganjaran pencennya berjumlah RM70,000 di sebuah bank di Bandar Permaisuri di sini terkejut apabila mendapati wang simpanannya lesap petang semalam.

Johari Che Ismail, 57, yang tinggal di Taman Kancil Jaya di sini menyedari kejadian itu selepas cuba mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) pada 1.50 petang semalam, dan mendapati wang baki pencennya yang disimpan sejak Mac lepas hanya berbaki RM42 sahaja.

Ekoran itu beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bandar Permaisuri di sini pada 4 petang semalam.

“Setelah mencuba dua kali untuk mengeluarkan RM500, kad saya tidak diterima ATM hingga menyebabkan saya masuk ke dalam bank berkenaan untuk mendapatkan penjelasan daripada pegawai bank,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya beliau terkejut apabila dimaklumkan wang di dalam akaunnya hanya berbaki RM42 sedangkan beliau masih mempunyai RM70,000 dalam akaun yang tidak pernah diambil sejak Mac lepas.


Johari berkata beliau bersara daripada JKR Setiu akhir tahun lepas dan menerima ganjaran pencen berjumlah RM123,000 yang disimpan di dalam bank berkenaan.

Katanya berdasarkan kenyataan bank menunjukkan pengeluaran wang dilakukan mulai 14 Mac lepas hingga 6 Okt yang dibuat oleh individu tidak dikenali secara pemindahan wang melalui internet sebanyak 69 kali.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintenden Abdul Rahman Raja Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan katanya kes dikategorikan sebagai jenayah siber. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori