JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bakal menambah 30 lokasi Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia (KTW1M) sekitar negeri ini dalam tempoh terdekat dalam usaha kerajaan memberi peluang penduduk kawasan luar bandar menikmati akses internet secara percuma.
Ketua Wilayah Selatan SKMM, Roszeta Kassim berkata, penambahan lokasi itu berdasarkan permintaan tinggi dalam kalangan pengguna terhadap kemudahan jalur lebar.
“Setakat ini, terdapat 757 lokasi KTW1M serta 76 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di Johor dan Melaka,†kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Roszeta berkata, selain kawasan luar bandar, pihaknya juga akan terus mengenal pasti kawasan lain yang turut memerlukan kemudahan jalur lebar. – BERNAMA

