• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SJK Digesa Kaji Semula Sistem Pembelajaran Bahasa Melayu

oleh Ahmad Albab
26/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di negara ini digesa mengkaji semula sistem pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu bagi memperkukuh penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajarnya.

Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Tan Sri Mohd Ali Rustam yang membuat gesaan itu berkata usaha itu perlu dilaksanakan segera agar tidak berlaku jurang perpaduan ketara antara pelajar SJK dan Sekolah Kebangsaan.

“Bahasa Melayu amat penting kerana ia merupakan medium penyatuan rakyat dan juga identiti negara yang amat bernilai, dengan semua rakyat Malaysia tahu berbahasa Melayu, perpaduan akan menjadi lebih erat.

“Tiada alasan pengunaan bahasa Melayu diambil mudah walaupun di SJK sebaliknya pengajarannya perlu diseimbangkan dengan subjek bahasa Mandarin atau Tamil,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perkampungan Belia DMDI ke-15 disertai kira-kira 600 peserta daripada lima buah negara iaitu Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina dan Malaysia. Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Semalam akhbar melaporkan Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong berkata seramai 604 daripada 14,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara 2010 yang bukan Melayu tidak boleh berbahasa Melayu, sedangkan ada antara mereka lulus subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Teo turut mendakwa bilangan generasi muda bukan Melayu yang gagal bertutur bahasa Kebangsaan dikhuatiri meningkat pada masa depan kerana hampir 90 peratus daripada mereka bersekolah di SJK. – BERNAMA

Tags: Ali RustamSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd