• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Nurhaliza Kesal Peniaga Produk Guna Gambarnya

oleh Ahmad Albab
30/10/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menasihati penjual produk kecantikan di negara ini agar tidak menipu pelanggan dengan menggunakan gambar wajah-wajah artis untuk melarikan perniagaan mereka.

Siti, 35, yang turut dieksploitasi apabila wajahnya digunakan bagi tujuan berkenaan berkata, ia adalah tidak wajar kerana langkah itu pasti akan memberi kesan langsung kepada orang ramai.

“Saya memang agak terkilan apabila ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan nama dan gambar saya untuk tujuan-tujuan tertentu dalam melariskan barangan yang dijual.

“Jika tujuan mereka menggunakan artis supaya orang percaya dengan keberkesanan produk berkenaan tetapi adalah tidak adil jika memaparkan gambar artis yang tidak ada kena mengena langsung dengan apa yang mereka jual. Bila peminat atau pengguna percaya, mereka akan membelinya,” kata Siti yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

siti 2 new
Antara iklan produk menggunakan wajah Siti Nurhaliza yang dipaparkan di laman internet.

Siti berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tindakan beberapa pengusaha produk kecantikan yang telah memaparkan gambar wajah beliau bagi tujuan promosi di laman sosial Facebook kononnya produk berkenaan terbukti berkesan selepas beliau menggunakannya.

Sementara itu Siti berkata, ini bukan kali pertama gambar wajahnya digunakan tanpa kebenaran, malah banyak produk lain yang turut mempromosikan barangan mereka dengan cara meletakkan beberapa tulisan berbentuk testimoni menceritakan kebaikan produk tersebut.

Keadaan itu turut merisaukan Siti kerana namanya sebagai seorang artis turut terjejas sekiranya produk itu mendatangkan risiko kepada pengguna.

“Sikap saya berdiam diri membuatkan mereka cuba untuk mengambil kesempatan. Saya harap mereka dapat memadam gambar saya yang tidak berkenaan dengan segera. Jika kita jujur sebagai peniaga dan barangan kita bagus, pelanggan tetap membelinya walaupun tidak melibatkan nama artis.

“Saya pun mempunyai produk iaitu SimplySiti dan tentunya saya juga menjaga kepentingan produk saya. Saya tidak pernah mahu menyekat orang mencari rezeki tetapi gunalah cara yang betul dan tidak menipu dengan mengiklankan artis tanpa kebenaran,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Artissiti nurhaliza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

2 Artis Berdepan Hukuman Gantung

27/03/2022
0

Kuala Lumpur : Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd