• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasat Kesilapan Teknikal Semasa Siaran Berita TV1

oleh Ahmad Albab
13/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa kesilapan teknikal semasa siaran berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) di TV1 mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mengarahkan kementeriannya agar menyiasat insiden tersebut secara terperinci.

Beliau berkata kesilapan itu akan diteliti sama ada ia berpunca daripada kelemahan pihak teknikal atau tidak disengajakan kerana selaku penyiar nasional, insiden itu tidak sepatutnya berlaku.

“Saya minta supaya ada satu sistem menghukum mereka yang melakukan kesalahan sama ada ia berbentuk kecuaian atau sesuatu yang boleh menjatuhkan imej RTM,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Deepavali 2014 di Bukit Jalil di sini pada Ahad malam.

Kesilapan itu dikesan berlaku ketika siaran langsung berita di TV1, Sabtu.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery berkata beliau sedia berbincang lebih lanjut dengan penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim mengenai cadangan kementerian untuk menjadikan saluran Bernama TV sebagai saluran yang menawarkan sumber berita berbahasa Inggeris tahun depan.

“Orang sekarang tidak lagi bercakap tentang ‘broadcasting’ tetapi ‘narrowcasting’ yang bermakna setiap saluran itu ada pengkhususan seperti saluran berita, hiburan, sukan dan sebagainya yang fokus menggunakan sesuatu bahasa,” katanya.

Rais, yang juga bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, hari ini berkata stesen televisyen tempatan perlu memastikan wujud ruang dalam perjuangan memartabatkan bahasa kebangsaan. – BERNAMA

Tags: Ahmad ShaberyRTM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MH17: Jenazah Shaliza Dibawa Ke Australia

Next Post

Bekas Jaguh Bina Badan Negara, Bujang Taha Meninggal Dunia

Related Posts

Ustaz Don Daniyal Direhatkan Daripada Bersiaran Di RTM

Ustaz Don Daniyal Direhatkan Daripada Bersiaran Di RTM

05/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid direhatkan daripada bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM), susulan isu...

RTM Siar Secara Langsung 61 Aksi Liga M 2024/2025

RTM Siar Secara Langsung 61 Aksi Liga M 2024/2025

11/05/2024
1

PEMINAT sukan bola sepak tanah air berpeluang menyaksikan 61 perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025 yang akan disiarkan secara...

Next Post

Bekas Jaguh Bina Badan Negara, Bujang Taha Meninggal Dunia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd