Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Ibu ‘Usir’ Anak Kerana...

TEXAS - Kesan kemenangan Donald Trump menghancurkan harapan jutaan penduduk Amerika Syarikat, termasuk...

AMBOI!! Gajah Pun Pandai...

PENGALAMAN melancong di Koh Phangan, Thailand mungkin menjadi antara kenangan terindah buat seorang...

Dewan Rakyat Lulus Usul...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan usul dikemukakan Perdana Menteri, Tan...

Abdul Hadi, Mahathir Akan...

PETALING JAYA - PAS mengesahkan Presidennya Abdul Hadi Awang akan menghadiri Kongres Maruah...

Semua Penjawat Awam Harus Amal Integriti

KOTA KINABALU – Amalan integriti seharusnya menjadi pegangan utama bagi setiap penjawat awam mahupun masyarakat, kata Pengarah Jabatan Integriti Tatatertib Dan Tadbir Urus, Suruhanjaya Komunikasi danMultimedia (MCMC), Azmi Ahmad.

Beliau berkata melalui amalan integriti, ia mampu meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dan produktiviti organisasi.

Katanya pelbagai langkah telah dilaksanakan kerajaan bagi membudayakann amalan integriti terutama dalam kalangan warga MCMC sejak penubuhan Jabatan Integriti itu pada 2012.

“Antara (langkah) itu termasuk mengadakan sesi komunikasi integriti dalam semua peringkat, menjemput penceramah jemputan dari dalam dan luar MCMC, menganjurkan bengkel kepimpinan dan majlis sambutan Hari Integriti MCMC,” katanya.


Azmi berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Integriti MCMC 2014 bertemakan ‘Integriti Pemangkin Transformasi’ anjuran MCMC Pejabat Wilayah Sabah, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom),Ruji Ubi.

Menurut Azmi kemajuan ekonomi dan teknologi yang dikecapi kini hendaklah seiring dengan pembangunan sosial, budaya dan rohani ke arah mencapai matlamat menjadi masyarakat maju. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori