Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Trafik Bergerak Lancar Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan lancar...

189 Lagi Rakyat Malaysia...

NEW DELHI - Pesawat yang membawa 189 lagi rakyat Malaysia yang terkandas di...

Tai Sun Perkenal Kacang...

KUALA LUMPUR - Tai Sun (Lim Kee) Food Industries, pengeluar makanan ringan terkenal...

Mahkamah Kekal Perintah Utusan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan perintah kepada Utusan Melayu (Malaysia) Bhd...

RON95 Ikut Harga Pasaran Untuk Golongan Kaya Mulai Jun Depan

BANGI – Harga jualan petrol RON95 bagi golongan berpendapatan tinggi adalah mengikut harga pasaran mulai Jun tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

“Mereka akan membayar harga RON95 mengikut harga pasaran. Misalnya kalau harganya RM2.58 sen seperti sekarang, maka RM2.58 sen lah. Mungkin bila harga minyak dunia turun, maka turunlah. Kalau naik terpaksalah (bayar lebih tinggi),” katanya.

Ahmad berkata, golongan berpendapatan rendah dan sederhana pula akan terus menikmati RON95 pada harga subsidi.

“Sistem ini lebih adil sebab hanya golongan yang layak sahaja akan menerima subsidi,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan taklimat berkenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk pegawai kanan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta agensi di bawahnya di sini hari ini.

Harga RON95 ketika ini ialah RM2.30 seliter.

Ahmad berkata, mekanisme dan kaedah pelaksanaannya sedang diperhalusi Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sama ada menggunakan MyKad atau kad lain.


Katanya, sistem yang sama akan turut dilaksanakan kepada pengguna diesel mulai Januari tahun depan melalui menggunakan kad fleet.

Pada sidang media yang sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata taklimat mengenai GST itu amat penting supaya rakyat tidak mudah terpengaruh dengan perkara tidak benar yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, penerangan kepada penduduk luar bandar juga akan diperhebatkan bukan sahaja menerusi taklimat ke seluruh negara oleh Kementerian Kewangan sendiri, malahan melibatkan agensi-agensi di bawah KKLW.

“Ia penting supaya kefahaman mengenai GST itu dapat diperjelaskan hingga ke peringkat akar umbi,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • RON95

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori