• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rawatan Alternatif Bantu Tahap Kesihatan Pesakit HSNZ

oleh Ahmad Albab
12/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Usaha Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menyediakan perkhidmatan rawatan tambahan kepada perubatan moden, memberi manfaat kepada puluhan ribu pesakit di negeri ini.

Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari yang mula beroperasi sejak 1 Jan 2010 di HSNZ itu menyediakan khidmat urutan tradisional Melayu dan rawatan akupuntur manakala rawatan tradisional Melayu selepas bersalin pula diperkenalkan pada akhir 2012.

Pengarah HSNZ Dr Abdul Rahim Abdullah berkata sehingga kini, sebanyak 3,566 pesakit lelaki dan 5,345 pesakit wanita telah menerima rawatan urut tradisional manakala 11,767 pesakit menerima rawatan akupuntur di hospital berkenaan.

“Bagi rawatan tradisional Melayu selepas bersalin pula, seramai 520 ibu telah mendapatkan rawatan di unit ini termasuk urutan khas mengembalikan kesegaran selepas bersalin dan urutan perbidanan.

“Malah, HSNZ sangat menggalakkan agar pesakit dari daerah lain di negeri ini, terutama golongan kurang berkemampuan agar merujuk doktor di hospital daerah untuk mendapatkan rawatan di unit ini bagi meringankan beban kewangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam taklimat khas perkembangan unit itu kepada media yang disampaikan Penolong Pengarah Kanan Farmasi, Cawangan Perubatan Tradisional dan Komplementari, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Noor Shukriah Hassan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Dr Abdul Rahim berkata perkhidmatan rawatan alternatif itu juga bertujuan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan rawatan tambahan.

“Sehubungan itu, saya berharap penduduk di Terengganu dapat memanfaatkan perkhidmatan kesihatan ini yang lebih terjamin kaedah perubatannya berbanding berjumpa dengan pengamal perubatan tradisional yang diragui kesahihannya,” katanya. – BERNAMA

Tags: hospital
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan laporan mengenai pegawai perubatan siswazah bekerja sehingga 85 jam seminggu sebagai amat...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd