• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Empat Pembalak Haram Didenda RM80,000

oleh Ahmad Albab
23/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Empat orang pembalak haram masing-masing hari ini dipenjara sehari dan didenda berjumlah RM80,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah Limbang selepas mengaku bersalah menawarkan rasuah kepada pegawai penguat kuasa bagi melindungi aktiviti mereka.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan di sini hari ini berkata Pau Yu Tek, 54; Ting Chuong Mew, 72; Tang Chung Yieng, 28; dan Ngu Kok Tung, 37; membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong.

Pau, kontraktor pembalakan separuh masa yang beroperasi secara haram di Limbang dikenakan denda tertinggi RM50,000 kerana menawarkan rasuah RM10,000 kepada pegawai polis, ASP Pabilah Abdullah, yang merupakan pegawai risik Pasukan Gerakan Am (PGA).

Dia menawarkan sogokan itu bagi mengelak tindakan diambil ke atas syarikatnya yang melakukan kerja-kerja pembalakan, tanpa permit Jabatan Perhutanan Sarawak (JPS) dan melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah premis bank di Bandar Lawas, Limbang pada 3.30 petang, 10 September lepas.

Tertuduh kedua, Ting didenda RM10,000 kerana menawarkan rasuah RM1,000 kepada Pabilah pada 6.20 petang, 9 Sept lepas di Bandar Lawas, sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana menjalankan aktiviti pengumpulan balak di Limbang tanpa permit JPS.

Tang pula didenda RM10,000 kerana menawarkan suapan RM1,000 kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penolong Penguasa Kanan, Sendry Ugi pada 3.15 petang, 1 September lepas di Bandar Lawas, sebagai dorongan mengelak dikenakan tindakan kerana menggaji pekerja asing tanpa permit kerja yang sah.

Ngu didenda RM10,000 kerana menawarkan sogokan RM300 kepada Sendry pada 10.40 pagi, 1 September lepas di Bandar Lawas sebagai dorongan supaya tidak dikenakan tindakan kerana memindahkan hasil balak menggunakan tongkangnya tanpa dokumen pelabuhan yang sah.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Keempat-empat tertuduh membayar denda itu. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Kathrine Nais. – BERNAMA

Tags: Pembalakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Didesak Campur Tangan Kes Pembalak Ceroboh

30/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan didesak untuk campur tangan dalam kes pencerobohan pembalak di tanah adat orang asli di Kampung...

Orang Asli Halang Pembalakan Diugut Dengan Senapang

07/03/2019
0

PENDUDUK Orang Asli kaum Temiar di Kampung Tasik Asal Cunex dekat Gerik, Perak hidup dalam ketakutan apabila mereka mendakwa diugut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd