• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tingkatkan Kawalan Keselamatan Mesin ATM

oleh Ahmad Albab
03/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis kini meningkatkan pemantauan dan rondaan di premis yang menyediakan kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) ekoran beberapa insiden penggodaman mesin berkenaan yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bagaimanapun setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian penggodaman ATM di negeri ini.

“Kita akan memantau lokasi yang berpotensi dijadikan sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab, perkembangan insiden diberi perhatian serius memandangkan kejadian ini telah berlaku di negeri lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah (KPD) Tanjung Malim yang baharu iaitu Superintendan Ahmat Mat Isa, menggantikan Timbalan KPD Deputi Superintendan R Supramaniam yang sebelum ini memangku jawatan tersebut, di Bilik Mesyuarat Utama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini.

Baru-baru ini, kes penggodaman mesin ATM melibatkan empat buah bank di Kuala Lumpur, Melaka, Johor Baharu dan Selangor dengan anggaran kerugian lebih RM3 juta dipercayai digodam sindiket dari Amerika Latin.

cryl Sani berkata, polis juga mengadakan perbincangan dengan pihak bank bagi mencari kaedah terbaik untuk meningkatkan keselamatan mesin ATM.

Terdahulu, beliau menyampaikan penghargaan kepada R Kamalavalli, 50, dan Nor Anida Ahmad Nawawi, 41 yang masing-masing merupakan balu anggota polis yang meninggal dunia semasa perkhidmatan iaitu Deputi Superintendan M Shamugam, 57, dan Deputi Superintendan Mior Fahim Ahmad, 40.

Turut menerima penghargaan ialah Afidah Ehsan, 53, ibu kepada anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian Koperal Mohd Azuan Abdullah.

Shamugam meninggal dunia akibat serangan jantung manakala Mior Fahim pula ditemui lemas di kawasan air terjun Sungai Tungku, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun semasa menjalani Latihan Dalam Perkhidmatan Kemahiran Memandu Off Road.

Mohd Azuan maut apabila motosikalnya dirempuh kereta penjenayah ketika mengejar suspek kes samun di Bagan Serai pada 26 Mei lepas. – BERNAMA

Tags: mesin ATMpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Lagi Caj RM1, Pengeluaran ATM Antara Bank Percuma Mulai Julai

Tiada Lagi Caj RM1, Pengeluaran ATM Antara Bank Percuma Mulai Julai

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Semua bank di Malaysia akan memansuhkan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank menerusi Mesin Juruwang Automatik...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd